Showing posts with label soal jawab agama. Show all posts
Showing posts with label soal jawab agama. Show all posts

The Unity of God


Question


The concept of unity of God in the Qur’an is very clear, but do we have any evidence from other religious scriptures pointing in the same direction? And if so, what then seems to be the difference, if indeed any, between Islam and all these other religions?


Answer

There are many reasons to believe that many of the other religious scriptures (other than the Qur’an) do contain within their pages truths originating from the one and only true God. To a Muslim, the great prophets (like Abraham, Moses, and Jesus) in Christianity and Judaism, are of course true prophets of Allah mentioned in the Qur’an. In Islam, these religions too are sometimes respectfully referred to as “religions from the sky”.Further to the 25 God’s Messengers (Rasul) mentioned by name, the Qur’an also made reference to the fact that there had been great many prophets (Nabi) whose names are not mentioned. So, Muslim scholars are always open to the possibility that God’s truths could well have found their way into numerous scriptures of religions other than Islam, Christianity and Judaism.

Such being the case, it should not be at all surprising to a Muslim that the idea of Unity of God might well be found in many religious scriptures of the world. But is that really the case? Well, let us examine scriptures of some of the world’s major (other than Islam) religions :

Judaism

As exclaimed by Moses (pbuh): “Hear, O Israel: The Lord our God, the Lord is one.” Deuteronomy 6:4.
“I am the Lord, and there is no other; apart from Me there is no God.”
Isaiah 45:5.

“You shall have no other gods before me. You shall not make for yourself an idol in the form of anything in heaven above or on the earth beneath or in the waters below. You shall not bow down to them or worship them; for I, the Lord your God, am a jealous God.”
Exodus 20:3-5

Christianity

Jesus Christ (pbuh) said the following in the Bible:

This is eternal life, that they may know You, the only true God, and Jesus Christ whom You have sent.
John 17:3

How can you believe, when you receive glory from one another and you do not seek the glory that is from the one and only God?
John 5:44

The most important commandments,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, is one Lord’
Mark 12:29

As described by Paul in his Letter to Timothy:
Now to the King eternal, immortal, invisible, the only God, be honor and glory forever and ever. Amen.
1 Timothy 1:17

Hinduism
Ekam evadvitiyam
(He (God) is One only without a second.)
Chandogya Upanishad 6:2:1
Meaning in English: “Sages (learned Priests) call one God by many names.
Rigveda 1:164:46


Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rishanyata
(O friends, do not worship anybody but Him, the Divine One. Praise Him alone.)
Rigveda 8:1:1


Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste kinchan
(There is only one God, not the second; not at all, not at all, not in the least bit.)
Brahma Sutra of Hinduism

Sikhism


Ek Onkar, Sat Naam, Karta Purakh, Nirbhau Nirvair, Akal Murat, Ajuni, Saibham, Gurprasad
(There exists but one God, who is called The True, The Creator, Free from fear and hate, Immortal, Not begotten, Self-Existent, Great and Compassionate.)

Granth Sahib, Mulmantra Pg.1
Meaning in English: “There is only the One Supreme Lord God; there is no other at all.
Granth Sahib, Pg. 45

Meaning in English: “God is merciful and infinite. The One and Only is all-pervading.
Granth Sahib, Pg. 710

Clearly, the above verses from religious scriptures of Judaism, Christianity, Hinduism and Sikhism, without a doubt, affirmed the truth of the unity of God in the strongest of terms. It is very important to also note that, like the relevant verses of the Qur’an, many of the above verses are in the form of a statement that a father would use to remind his child not to fall for something dangerous, knowing fully well the child might just still fall for it! The child for example, might later fall for drugs taking, assuring his father: don’t worry dad, I only take it because it helps me, trust me!

So, with such amazing similarity on the concept of ‘Unity of God’ between all the above mentioned major world’s religions, what then seems to be the difference between them? From a Muslim’s point of view, the difference is in the ‘implementation’ of the concept in one’s daily ‘religious life’ and in fact also ‘normal life’. It could be that a certain scripture may state a certain principle ‘from the sky’, but then falls short in defining the daily life (including religious life) consequents of such principle. Worse still, things become ‘neutralised’ when other parts of the same scripture state principles in direct contradiction to the one ‘from the sky’.

Muslims also believe the Qur’an to be the only surviving verbatim (word for word) Word of God, no more no less words. As such, there is no vagueness or contradiction in it, especially with regard to important matters of basic belief in God. In Islam, the concept of ‘Unity of God’ is very basic and central to the belief in God, to the point, getting it even ‘very slightly wrong’ would render one’s ‘belief’ or ‘faith’ in God and religion, impotent, and in fact almost completely meaningless. Understandably so, for what use is submission and worship when it is directed to the wrong god? The great importance of the doctrine of the Unity of God in Islam is well reflected in the fact that in addition to being a constant reminder throughout the Qur’an, a whole chapter of the Qur’an is dedicated to it – an extremely brief (mere four short verses!) surah (chapter) number 112, also known as Al-Ikhlas, meaning ‘Sincerity or Purity’:

Say: He is Allah, the One and only. Allah, the Eternal, Absolute. He begets not, nor is He begotten. And there is none like unto Him.

To summarise, in Islam, any and all worships must be directed to Allah alone, without any ‘intercessor’ or ‘partner’ alongside Him. As is well known, Muslims love and revere the last and final Prophet Muhammad (s.a.w), but by his own teaching, would never ‘worship’ him as god. Doing so would amount to shirk (assigning partner to Allah) which is the biggest sin against God. Nothing and no one in the whole universe can benefit, aid or protect us without Allah’s will. The message to always remember is: “Worship only the Creator, not His creations.”

Note: Credit To Bro Shah Kirit :-)

Silap faham Non-muslim terhadap kiblat umat islam (kaaba).


Soalan: Kenapa orang islam sembah batu (Kaabah). Jadi, samalah macam orang non-muslim yang sembah berhala tu.


Jawapan: Syabas saya ucapkan kepada orang yang tanya soalan ini. Sebab apa saya mengucapkan syabas pada dia? Sebab dia hendak ambil tahu mengenai islam. Islam bukanlah agama yang ganas, keras dan kasar, jika sesiapa yang ingin bertanya mengenai islam, insya-Allah akan dijawab dengan baik dan penuh kehormatan tanpa mempunyai kepentingan peribadi. Hal ini kerana, umat islam sudah dilatih untuk bersikap lemah lembut tidak kira pada sesiapa pun. Kepada yang non-muslim, jika anda ingin bertanya mengenai islam, saya akan cuba untuk adil kepada anda dengan membuat perbandingan yang baik tanpa ada tokok tambah.


Rakan-rakan dari non-muslim mesti terkeliru, kenapa bila orang islam beribadat, pasti mereka menghadap ke kiblat yakni Kaabah. Mereka sembah batu ke? Kata sembah Allah swt, macam cakap tidak serupa bikin sahaja. Lebih baik jadi macam kami, benda yang kami sembah tu hanya ada di depan mata kami sahaja, dekat dan lebih khusyuk. Tidak susah hendak pergi jauh-jauh sampai ke mekah untuk melihat Kaabah dan menunaikan haji. Begitulah kefahaman anda (non-muslim) terhadap kiblat orang islam. Jadi betul ke orang islam ni sembah batu (Kaabah)?


Sama sekali tidak untuk jawapan di atas, orang islam hanya menjadikan Kaabah sebagai kiblat dan tidak lebih daripada itu. Saya akan huraikan dalam bentuk perbandingan, supaya lebih jelas dan terperinci.


1. Kaabah bukan tuhan, kaabah adalah satu binaan yang dibuat daripada batu bata. Batu kaabah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti mana juga batu hajarul aswad yang berada di sisi bangunan kaabah. Hanya sebagai tanda bahawa ummat islam menghadapnya apabila beribadat. manakala orang yang menyembah berhala percaya bahawa patungnya itu mempunyai kuasa yang tersendiri.


2. Orang islam hanya menghadap ke tapak Kaabah, bukan menyembah Kaabah. Perkataan menyembah dan menghadap adalah dua perkataan yang berbeza dari segi frasa dan makna. Maksud sembah membawa pengabdian sepenuh hati, manakala menghadap pula membawa maksud menghalakan diri ke arahnya. Sedangkan orang yang menyembah patung berhala akan menyembahnya dan percaya bahawa ia sebagai tuhan yang memberi rezeki contohnya.


3. Bukti lain bahawa umat islam hanya menghadap Kaabah sebagai tapak kiblat dan bukannya menyembah kaabah ialah, walaupun Kaabah diangkat dan dipindahkan ke KLCC atau pun tempat yang lain sebagai contoh, umat islam tetap akan menghadap ke tapak Kaabah. Manakala orang yang menyembah berhala tetap akan menghala ke arah berhala walaupun dipindahkan ke seberang jalan sekali pun.


4. Menghadap ke arah satu tapak kiblat adalah satu keajaiban dalam islam, bayangkan di seluruh pelusuk dunia terdapat berbilion umat islam, tetapi ketika beribadat umat islam hanya menghadap ke Kaabah. Ini bermakna, kaabah adalah SIMBOLIK kepada penyatuan dan titik penyeragaman ibadah umat islam hanya semata-mata untuk menyembah Allah swt yang ESA (esa dan satu adalah berbeza, esa tidak memerlukan bilangan). Manakala, orang yang menyembah patung berhala mempunyai beratus-ratus ribu patung berhala yang berbeza-beza dan mempunyai puluhan ribu mazhab.


5. Menjadi bukti ketaatan seorang muslim kepada tuhannya, Allah memerintahkan muslim agar menghadap kiblat ketika beribadah, maka kita sebagai orang islam patuh dengan arahan tersebut. Seandainya tuhan memerintahkan umat islam menghadap ke arah sebiji batu sekalipun sudah tentu umat islam akan menghadapnya, kerana umat islam adalah umat yang paling taat kepada tuhannya. Manakala orang yang menyembah berhala akan memilih patung yang dia hendak sembah mengikut kehendak diri dia.


6. Jika benar orang yang menyembah berhala menyatakan bahawa umat islam menyembah kaabah, sudah pasti umat islam akan membina sebuah replika seperti kaabah kemudian letakkannya di hadapan rumah, jadi tidak perlu umat islam pergi jauh-jauh sehingga ke mekah untuk menunaikan haji dan umrah, atau pun umat islam tidak perlu lagi menghadap ke arah kiblat, kerana Kaabah sudah berada di hadapan mata. Maka sudah pasti umat islam tidak akan melakukan perkara tersebut, kerana bukan bangunan kaabah tersebut yang menjadi kepentingan umat islam, hanya tempat suci (tapak kaabah) sahaja yang penting bagi umat islam.


7. Seperti keterangan di atas tadi bahawa Kaabah tidak mempunyai apa-apa kuasa atau kelebihan tertentu, kalau pun Kaabah itu ditukar dalam bentuk gambar atau lukisan, maka tidak akan ada apa-apa kesan jika kaki memijaknya, buktinya ada pada sejadah umat islam, ketika solat bukan ke sejadah itu akan diletakkan di atas lantai dan umat islam akan duduk di atasnya. Manakala orang yang menyembah berhala akan meletakkan gambar-gambar tuhan mereka di tempat tempat yang mulia dan mereka percaya bahawa gambar itu membawa tuah.


8. Rakan-rakan non-muslim menjawab, kami bukan menyembah patung berhala. Kami hanya menjadikan patung-patung berhala itu sebagai wasilah untuk menyembah Allah swt, tidak boleh ke? Bukan ke Allah swt itu maha kuasa tanpa ada sedikit pun kekurangan, dia tidak memerlukan sesuatu pun untuk menjadi wasilah kepadanya, malah dia menyuruh kita menyembahnya tanpa ada satu wasilah, walau pun kita seorang ahli maksiat yang melangit tinggi dosanya. Cuba fikir-fikirkan ibrah ini, kalau lah kita mempunyai isteri, tiba-tiba semasa kita pergi ke outstation untuk beberapa hari urusan kerja, isteri akan rindu pada kita dengan melihat gambar kita, tetapi dia bukan melihat gambar kita, dia melihat seorang lelaki lain yang ada dalam gambar tersebut, cuba bayangkan bagaimana perasaan kita sebagai suaminya. Cuba bayangkan pula, rakan-rakan dari non-muslim yang menyembah patung berhala, cakap pada saya berapa ratus ribu patung yang sudah kalian sembah? Terlalu banyak bukan. Adakah rindu pada pencipta alam ini, tetapi benda lain pula yang ditatapnya. Sungguh ini tidak adil.


Kesimpulan.


Saya mengajak kepada rakan-rakan dari non-muslim berfikir sejenak, adakah amalan ibadah kita itu betul-betul berdasarkan fitrah yang ada pada diri kita atau pun kalian hanya menipu diri sendiri tanpa ada rasa. Kita telah dihadiahkan oleh Allah swt dengan akal yang sihat dan baik, tidak kah kita terfikir kepada siapa yang sepatutnya kita sembah. Bukan ke tuhan yang hebat itu hanya ada satu (esa)? Fikirkan sejenak, pasti akan ada jawapan.

Soal jawab: Bagaimana memilih calon suami/isteri mengikut acuan agama.


 Gambar hiasan

Soalan: Bagaimana memilih calon isteri/suami yang baik?
  
Jawapan: Sesungguhnya kebahagiaan rumah tangga, lahirnya anak yang baik, soleh dan cerdik, serta kekalnya kehidupan rumah tangga adalah terletak kepada pemilihan suami isteri yang baik. Pemilihan ini mestilah dilakukan dengan penuh rasa sedar, tidak dipengaruhi oleh perasaan yang bergolak atau keinginan untuk memperoleh maslahat tertentu yang bersifat sementara. Pemilihan itu mestilah berasaskan dasar yang kukuh sebagaimana yang telah diatur oleh agama yang suci ini.

Akad nikah memberikan kesan yang besar, kekal untuk satu tempoh masa yang panjang serta dipenuhi dengan tanggungjawab. Oleh itu, calon suami isteri mestilah mengambil langkah-langkah yang perlu sebelum akad dijalankan. Hal ini kerana, kebanyakan calon suami isteri sering tersilap langkah dalam menentukan masa depan rumah tangga. Oleh yang demikian, mencari sifat-sifat yang dituntut pada kedua-dua pasangan ialah seperti berikut:
      
 1.            Agama yang sahih dan akhlak yang mantap.

Lelaki yang bakal berkahwin mestilah beragama dan mempunyai akhlak yang baik. Begitu juga dengan calon isteri. Penguasaan agama yang baik akan menyebabkan masa depan keluarga akan lebih cerah dan teratur. Jika kita lihat pada hari ini, faktor utama keruntuhan rumah tangga adalah disebabkan kefahaman yang kurang terhadap agama. Sebagai contoh, suami yang panas baran, bakhil, malas berusaha mencari nafkah, tidak wujudkan biah solehah dalam rumah, anak terbiar tanpa ada didikan agama dan banyak lagi masalah sosial yang berlaku. Ini akan membawa kehancuran kepada rumah tangga jika tidak diteliti dengan sungguh-sungguh.

Nabi saw bersabda: Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi. (Riwayat tirmizi).

Hadis ini telah membuktikan pada kita bahawa, apabila kita membelakangkan agama, pasti kerosakan akan berlaku. Saya kira, tidak perlu untuk saya jelaskan secara panjang lebar, kerana kita sudah maklum di media-media massa dan di dada-dada akhbar telah banyak memaparkan contoh-contoh keruntuhan rumah tangga dalam masyarakat.

Nabi saw bersabda lagi: Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara: Harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya.(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kalimah (kamu memerlukannya) di dalam hadis di atas digunakan dengan maksud memberi galakan dan dorongan. kita sedia maklum bahawa, kita berkahwin adalah kerana ingin memenuhi sebahagian lagi agama. Sebagai contoh, apabila kita berkahwin, kita lebih bersemangat untuk solat malam, puasa sunat, solat-solat sunat, rezeki lebih berkat, pahala-pahala setiap ibadat akan berganda, hati menjadi tenang dan sebagainya.
Maksud beragama dan berakhlak pula ialah taat, mengerjakan amal soleh, menjauhkan hal-hal yang haram serta menunaikan segala tanggungjawab rumah tangga. Hadis ini juga, tidaklah bererti seseorang perlu mengetepikan unsur-unsur keturunan dan kecantikan. Akan tetapi, orang yang beragama dan berakhlak adalah pilihan utama. Di masa yang sama jika kesemua sifat tadi wujud pada seorang wanita, itu adalah satu rahmat daripada Allah dan itulah yang terbaik, kerana kita tidak dapat menafikan fitrah yang ada pada manusia suka kepada perkara-perkara demikian.

2.            Keturunan.

Maksud keturunan di sini ialah asal keturunan dan benih yang baik. Dalilnya ialah hadis sahih sebelum ini yang menceritakan bahawa perempuan itu dikahwini kerana empat perkara. Salah satu daripadanya ialah keturunan.
Oleh itu, kita disunatkan memlih pasangan yang baik keturunannya. Ini dapat membantu membina kehidupan rumah tangga yang berkekalan. Sesorang yang lahir dari keturunan yang baik berkemungkinan besar mempunyai pergaulan yang baik sesama keluarga dan dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia (apabila dicintai, dia akan menghormati dan apabila dia marah, dia tidak akan berlaku zalim). Jika kita lihat seseorang yang membesar dari keluarga yang porak peranda, maka sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembesaran anak-anak meraka. Sebagai contoh, jika ibu bapanya kerap bergaduh, berkemungkinan besar anaknya akan menjadi ganas dan panas baran.

 3.            Tidak berkahwin dengan Saudara Terdekat (Kaum Kerabat).

Imam Syafie menjelaskan, seseorang lelaki tidak digalakkan berkahwin dengan saudaranya yang terdekat.
Az-Zanjani menjelaskan: Di antara tujuan perkahwinan ialah menghubungkan ikatan persaudaraan untuk saling tolong-menolong di antara satu sama lain.
Diriwayatkan: Jangan berkahwin denagn saudara yang terdekat, kerana anak yang dilahirkan adalah kurang cergas.

Ini berlaku kerana syahwat terhadap kaum kerabat yang terdekat adalah lemah. Perkara ini, dinyatakan oleh Syarbini di dalam huraiannya terhadap matan Minhaj karangan Imam Nawawi Rahimahullah.
Namun Ibnu Solah berkata, hadis ini tidak mempunyai sandaran yang muktamad. Hadis ini disebutkan oleh Ibnu Athir dalam kitabnya " Annihayah fi gharib al-hadis wal athar ".
Walau bagaimanapun, perkahwinan seumpama ini tidaklah dicela, kerana nabi saw telah mengahwinkan fatimah dengan Ali bin Abi Talib r.a. Nabi saw melakukannya untuk menerangkan bahawa hukumnya adalah harus. Atau nabi saw melakukannya kerana hubungan di antara kedua-duanya tidaklah terlalu rapat kerana Fatimah adalah anak sepupu Ali. Secara umumnya, hubungan di antara keduanya agak jauh.  




  4.            Sekufu.

Yang dimaksudkan dengan sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri dari beberapa sudut:
         i.            Beragama dan baik akhlaknya. Maksudnya lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang solehah. Firman Allah swt: Adakah orang yang beriman sama seperti orang fasik? Mereka tidaklah sama. As-sajadah ayat 18.
       ii.            Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang bekam dan penggembala kambing tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan lelaki alim. Akan tetapi golongn agama setaraf dengan mana-mana pekerjaan.
      iii.            Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan. Contohnya lelaki yang gila dan berpenyakit kusta tidak setaraf dengan perempuan yang tidak mempunyai penyakit tersebut.

Sekufu adalah hak perempuan dan walinya. Walaupun ia bukan syarat sah perkahwinan, ia perlu ada untuk mengelakkan wanita dan wali menanggung malu. Ia juga sebagai satu jaminan untuk kekalnya kehidupan bersuami isteri, kerana cara hidup kedua-duanya hampir sama. Mereka tidak perlu lagi mengubah kebiasaan hidup mereka. Sebagai contoh, kalau berkahwin dengan lelaki fasik, maka sudah tentu kehidupan si perempuan yang solehah ini akan dizalimi.

5.            Perawan (Masih Dara)

Perawan ialah perempuan yang masih belum berkahwin.  Nabi saw menjelaskan kenapa perlu memilih anak dara. Sabda Nabi saw: "hendaklah kamu memilih perempuan yang masih anak dara, kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak-anak yang ramai dan lebih redha kepada kehidupan yang susah" (Riwayat ibnu majah)
Jabir r.a. menceritakan: "Aku telah berkahwin dengan seorang wanita pada zaman nabi saw. Aku berjumpa dengan Nabi saw. Dan baginda bertanya: "Wahai jabir, adakah kamu telah berkahwin? "Jawabku: "ya." Nabi saw bertanya pula; "kamu berkahwin dengan anak dara atau janda? "Jawabku: "Dengan seorang janda."Nabi saw bertanya lagi: "kenapa tidak dengan anak dara, kamu boleh bergurau dan bermain dengannya?"Aku menjawab. "Wahai Rasulullah, aku mempunyai ramai adik-beradik perempuan. Aku takut ia akan merosakkan hubungan di antara aku dan mereka. 'Nabi berkata: "Ia terpulang kepada kamu. Sesungguhnya perempuan dikahwini kerana agama, harta benda dan kecantikannya. Hendaklah kamu memilih agamanya. Kamu memerlukannya". (Riwayat Bukhari).
  
6.            Lebih baik perempuan itu lebih muda daripada suami.

Perempuan adalah sedia maklum terkenal dengan sifat manjanya. Apabila ia berkahwin, maka ia tidak lagi dapat bermanja dengan ayah serta ibunya. Jadi, suami yang matang akan menggantikan tugasan ayahnya sebelum ini menjaganya dan memanjakannya. Maka dengan secara tidak langsung, suami yang matang akan lebih dapat memberi perhatian, didikan, dan menjaganya dengan baik.
Satu kajian telah dijalankan di Univeriti Sains Republib Of Yaman di Yaman. Kajian kenapa Allah meletakkan kuasa talak hanya pada suami, walhal Allah bersifat dengan maha Adil. Apabila diamati dan dikaji, rupanya manusia mempunyai dua belah otak, sebelah kanan memikirkan perkara yang baik dan sebelah lagi hanya memikirkan perkara yang negatif. Kajian menunjukkan bahawa, apabila isteri marah, maka otaknya akan berfungsi pada satu bahagian sahaja iaitu negatif, akan tetapi suami boleh berfikir menggunakan kedua-dua belak otak ketika marah. Maka isteri akan memikirkan benda yang negatif sahaja dan akan mengeluarkan percakapan apa sahaja ketika marah. Kita sedia maklum bahawa, lafaz talak tidak boleh dibuat main-main dan tidak boeh dipandang dengan sambil lewa.
Hal ini juga telah dibuktikan pada zaman Khalifah Umar Al-khattab, semasa beliau dimarahi dengan isterinya, beliau hanya mendiamkan diri dan memahami situasi isterinya yang sedang marah.

Kesimpulan: 
Memilih pasangan yang baik di dalam rumah tangga merupakan kemestian bagi calon suami atau isteri. Hanya rumah tangga yang dibina di atas acuan agama dengan mengikut prinsip-prinsipnya sahaja yang dapat melahirkan titip-titp kebahagiaan dan zuriat-zuriat yang soleh. Kalau kita mengamati apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang ialah, ramai perempuan-perempuan melayu yang berkahwin dengan lelaki asing seperti lelaki Pakistan, bangla, atau india yang bekerja di malaysia, mereka menganggap bahawa mereka ini matang serta rajin bekerja walaupun agama mereka seperti celup-celup dalam air. Ini kerana fitrah perempuan perlukan pasangan yang boleh melindungi mereka dalam keadaan senang atau susah. Kalaulah, semua lelaki dapat memainkan peranan mereka sebagai seorang suami yang amanah dan isteri menjalankan tanggungjawab dengan taat, maka perkara ini tidak akan berlaku. Oleh itu, jalan penyelesaiannya sudah ada, iaitu hanya mengikut apa yang agama telah susunkan untuk kita sebagai hamba Allah swt.

Nota
1.  Rujukan buku FIQH MANHAJI MAZHAB SYAFIE oleh Dr Mustofa Al-khin, Dr Mustofa Al-bugha dan Ali Asy-syarbaji.

Soal jawab mengenai Mimpi menurut islam dan ahli-ahli ilmu.





Soalan: Ustaz, apa yang kita perlu buat kalau selalu termimpikan orang yang dah meninggal dunia, dan dalam mimpi tu kita mcm ada rasa penyesalan atas sebab-sebab tertentu?

Dari Perak.




Insyaallah, jom kita kenal dahulu mimpi itu apa.

Dalam buku Al-Azkar karangan imam An-nawawi menyebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda, sesiapa yang telah berkata baginya bahawa aku telah bermimpi, maka katakanlah : aku bermimpi dan yang baik akan terjadi, jika berjumpa mimpi yang baik maka bergembiralah, jika yang tidak baik maka berwaspadalah, maka baik bagi kami dan yang jahat bagi musuh kami dan segala puji bagi Allah yang mentadbir alam ini.


Mimpi merupakan sebuah keadaan ketika manusia mengalami suatu kejadian yang memberikan gambaran kehidupan lain yang terkadang boleh memberikan makna dalam kehidupan yang sebenar.


Mimpi boleh jadi isyarat yang diberikan oleh Allah kepada hambanya berupa berita baik atau buruk dan mimpi juga ada yang memiliki makna dan ada pula yang berupa mimpi kosong sekadar permainan syaitan kepada manusia.


Banyak ayat Al Quran dan riwayat Nabi yang menceritakan tentang mimpi. Misalnya, dalam Surat Ash-Shaaffaat (37) ayat 102 yang mengisahkan mimpi Ibrahim ketika ia diharuskan menyembelih putranya, Ismail. Juga dalam Surat Al Fath (48) ayat 27 mengenai mimpi Rasulullah sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah.


Tidak hanya para nabi, para sahabat pun pernah mengalami mimpi, tetapi terbukti juga kebanarannya. Tidak seperti mimpi nabi saw yang sangat terang dan tidak perlu ditakwilkan lagi karena ia merupakan wahyu dari Allah, mimpi para sahabat ada yang perlu ditakwilkan.

– seperti mimpi Abu Bakar yang menaiki tangga bersama Rasulullah, tetapi mereka berselisih dua anak tangga. Dalam takwilnya, Abu Bakar menyatakan bahwa kematiannya akan datang dua tahun setelah Rasulullah, dan itu benar-benar terjadi— dan mimpi yang tidak perlu ditakwilkan

– seperti mimpi Bilal yang melafazkan bacaan-bacaan azan. Ketika mengkhabarkannya kepada Rasulullah saw., beliau mengatakan bahawa mimpinya adalah benar. Rasulullah saw. bersabda, “Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bahagian dari 46 bahagian kenabian.” (Muttafaq ‘alaih). Ini bererti bahawa mimpi seorang mukmin memiliki pertimbangan 1/46 karena 45/46 diberikan pada nabi.



Khalid al-Anbari dalam bukunya Kamus Tafsir Mimpi menyebutkan bahwa tanda mimpi yang benar adalah sebagai berikut.

1. Bersih dari mimpi kosong, bayangan-bayangan yang meresahkan dan menakutkan.

2. Dapat difahami ketika terjaga.

3. Tidur dalam keadaan fikiran jernih, tidak disibukkan oleh persoalan apa pun.

4. Mimpi tersebut dapat ditakwilkan sesuai dengan apa yang ada di Lauh Mahfuzh.

“Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya), ‘Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering. Hai orang-orang yang terkemuka, terangkanlah kepadaku tentang takbir mimpiku itu jika kamu dapat menakbirkan mimpi.’ ( Yusof ayat 43)

Ayat di atas merupakan salah satu contoh ayat yang menjelaskan mengenai sahnya mimpi seorang kafir, jika isi mimpinya berkaitan dengan orang mukmin.

Ada juga mimpi yang dianugerahkan Allah kepada yang dikehendakinya agar ia mendapatkan hidayah. Ini berdasarkan riwayat al-Hakim mengenai keislaman seorang sahabat, Khalid bin Sa’id bin ‘Ash. Keislaman ini terjadi setelah Khalid mengalami mimpi yang sangat menyeramkan. Dalam mimpinya, dia melihat seakan-akan ayahnya hendak mendorongnya ke neraka, sementara Rasulullah saw. berusaha memegang pinggangnya agar ia tidak terjatuh. Juga atas dasar tafsiran Ibn Hasyirin ketika ia didatangi seseorang yang bermimpi jari-jari tangannya yang ketiga dan keempat bengkak. Ia menakwilkan bahwa mimpi tersebut sebagai peringatan pada orang itu karana solatnya banyak kesalahan. Sepulangnya dari bertemu Ibn Hasyirin, ia pun bertaubat.

Seorang yang merasa telah mengalami mimpi yang benar, janganlah bertindak terburu-buru meminta sebarangan orang untuk menakwilkan mimpi yang dialaminya. Janganlah ia menceritakannya kepada orang yang dengki, dendam dan juga kepada orang yang jahil yang ucapannya tertolak. Tetapi ceritakanlah kepada orang yang berilmu, para ulama yang memiliki keutamaan, orang yang dalam pemahamannya terhadap agama Islam.

Macam Mimpi

Rasulullah saw. bersabda, “Mimpi itu ada tiga. Mimpi yang baik merupakan kabar gembira dari Allah. Mimpi yang menyedihkan berasal dari syaitan, dan mimpi yang datang dari obsesi seseorang. Jika salah seorang di antara kalian mimpi yang menyedihkan maka hendaklah dia bangun lalu salat dan tidak menceritakannya pada orang lain.” ( Bukhari dan Muslim(


Rasulullah saw. bersabda, “Mimpi yang baik adalah dari Allah. Sedangkan mimpi yang menakutkan berasal dari syaitan. Barangsiapa mimpi yang tidak menyenangkan maka hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya tiga kali dan berlindung diri kepada Allah dari syaitan, maka mimpi tersebut tidak akan membahayakannya” ( Bukhari dan Muslim)

Bertolak dari hadis-hadis di atas, menurut Aam Amiruddin dalam bukunya (Liciknya Strategi Jin) kita boleh membuat sejumlah kesimpulan.

1. Mimpi boleh terjadi karana suatu obsesi. Obsesi tersebut begitu kuat dalam memori kita sehingga muncul dalam mimpi. Misalnya, seorang pemuda yang terobsesi menikahi artis yang cantik, sangat mungkin dia bermimpi bernikah atau bertemu dengannya. Ini adalah mimpi yang bersifat fitriah atau alamiah.

2. Bermimpi yang baik. Mimpi ini datangnya dari Allah, kita wajib mensyukurinya dan boleh menceritakannya pada orang lain sebagai wujud rasa syukur.

3. Mimpi buruk atau menakutkan. Mimpi ini datangnya dari syaitan. Kita wajib berlindung diri pada Allah, bahkan kalau memungkinkan meludah tiga kali ke sebelah kiri dan jangan menceritakannya pada orang lain, kecuali kalau ingin mengetahui takwil mimpi tersebut. Sebab kalau kita menceritakannya, syaitan akan merasa senang kalau gangguannya itu menjadi bahan pembicaraan manusia.

Berhati-hatilah jika kita bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal, contohnya bertemu dengan ayah atau ibu kita yang sudah mati, sebab dikhuwatirkan syaitan menyerupainya. Jadi, kalau kita bermimpi bertemu dengan orang yang sudah wafat, sebaiknya bersegeralah berlindung kepada Allah dan meminta ampun dari dosa-dosa yang lalu.

Tafsir Mimpi

Bolehkah kita menakwilkan mimpi?
Mari kita bercermin kepada sejarah, Nabi Yusuf a.s. pernah menakwilkan mimpi dua orang tahanan ketika dipenjara, mimpi banduan tersebut dan juga mimpi seorang Raja Mesir. Abu Bakar merupakan orang yang pandai menakwilkan mimpi, salah satunya dengan takwilnya dalam peristiwa di atas. Ini membuktikan bahwa menakwilkan mimpi dibenarkan dalam ajaran Islam, namun kriteria seorang penakwil mimpi sangat sangat sukar dan payah.

Seorang penakwil mimpi haruslah orang yang jujur (siddiq), cerdas, cerdik, dan suci dari perbuatan keji. Ia harus mengerti tentang Kitab Allah dan sunah Rasulullah, dan ia pun harus faham benar-benar tentang ilmu mentakwilkan mimpi. Ini bertepatan dengan apa yang diungkapkan oleh Imam al-Gazali yang menyatakan bahwa fungsi roh sebagai penangkap isyarat Ilahi bagaikan cermin. Dia bisa memantulkan cahaya. Orang yang siddiq merupakan cermin yang paling bersih dan paling bening di mana cahayanya tidak terhalang sama sekali. Jadi, dia boleh menangkap isyarat tersebut.

Wallahu A'lam

ما فتوى حكم صلاة الغائب على الشهداء عند الدكتور الزهيلي؟



أجاز بعض الفقهاء كالشافعية والحنابلة الصلاة على الغائب‏،‏ لأن النبي صلى الله عليه وآله وسلم صلى على النجاشي‏،‏ وأجاز الحنفية خلافاً لبقية المذاهب الصلاة على الشهداء.
وأما صلاة الرسول صلى الله عليه وسلم على شخص ما فمعناها الاستغفار وطلب الرحمة له.
وأما صلاة الشخص على الرسول عليه الصلاة والسلام فمعناها إن أمكن كثرة الصلاة على النبي في جميع الوقت المستطاع‏،‏ فحينئذ يكفيه الله همومه ويفرج كربه‏،‏ ويرزقه الله رزقاً طيباً بعد السعي والبحث والعمل‏،‏ من غير أن يحتسب.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger