Silap faham Non-muslim terhadap kiblat umat islam (kaaba).


Soalan: Kenapa orang islam sembah batu (Kaabah). Jadi, samalah macam orang non-muslim yang sembah berhala tu.


Jawapan: Syabas saya ucapkan kepada orang yang tanya soalan ini. Sebab apa saya mengucapkan syabas pada dia? Sebab dia hendak ambil tahu mengenai islam. Islam bukanlah agama yang ganas, keras dan kasar, jika sesiapa yang ingin bertanya mengenai islam, insya-Allah akan dijawab dengan baik dan penuh kehormatan tanpa mempunyai kepentingan peribadi. Hal ini kerana, umat islam sudah dilatih untuk bersikap lemah lembut tidak kira pada sesiapa pun. Kepada yang non-muslim, jika anda ingin bertanya mengenai islam, saya akan cuba untuk adil kepada anda dengan membuat perbandingan yang baik tanpa ada tokok tambah.


Rakan-rakan dari non-muslim mesti terkeliru, kenapa bila orang islam beribadat, pasti mereka menghadap ke kiblat yakni Kaabah. Mereka sembah batu ke? Kata sembah Allah swt, macam cakap tidak serupa bikin sahaja. Lebih baik jadi macam kami, benda yang kami sembah tu hanya ada di depan mata kami sahaja, dekat dan lebih khusyuk. Tidak susah hendak pergi jauh-jauh sampai ke mekah untuk melihat Kaabah dan menunaikan haji. Begitulah kefahaman anda (non-muslim) terhadap kiblat orang islam. Jadi betul ke orang islam ni sembah batu (Kaabah)?


Sama sekali tidak untuk jawapan di atas, orang islam hanya menjadikan Kaabah sebagai kiblat dan tidak lebih daripada itu. Saya akan huraikan dalam bentuk perbandingan, supaya lebih jelas dan terperinci.


1. Kaabah bukan tuhan, kaabah adalah satu binaan yang dibuat daripada batu bata. Batu kaabah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti mana juga batu hajarul aswad yang berada di sisi bangunan kaabah. Hanya sebagai tanda bahawa ummat islam menghadapnya apabila beribadat. manakala orang yang menyembah berhala percaya bahawa patungnya itu mempunyai kuasa yang tersendiri.


2. Orang islam hanya menghadap ke tapak Kaabah, bukan menyembah Kaabah. Perkataan menyembah dan menghadap adalah dua perkataan yang berbeza dari segi frasa dan makna. Maksud sembah membawa pengabdian sepenuh hati, manakala menghadap pula membawa maksud menghalakan diri ke arahnya. Sedangkan orang yang menyembah patung berhala akan menyembahnya dan percaya bahawa ia sebagai tuhan yang memberi rezeki contohnya.


3. Bukti lain bahawa umat islam hanya menghadap Kaabah sebagai tapak kiblat dan bukannya menyembah kaabah ialah, walaupun Kaabah diangkat dan dipindahkan ke KLCC atau pun tempat yang lain sebagai contoh, umat islam tetap akan menghadap ke tapak Kaabah. Manakala orang yang menyembah berhala tetap akan menghala ke arah berhala walaupun dipindahkan ke seberang jalan sekali pun.


4. Menghadap ke arah satu tapak kiblat adalah satu keajaiban dalam islam, bayangkan di seluruh pelusuk dunia terdapat berbilion umat islam, tetapi ketika beribadat umat islam hanya menghadap ke Kaabah. Ini bermakna, kaabah adalah SIMBOLIK kepada penyatuan dan titik penyeragaman ibadah umat islam hanya semata-mata untuk menyembah Allah swt yang ESA (esa dan satu adalah berbeza, esa tidak memerlukan bilangan). Manakala, orang yang menyembah patung berhala mempunyai beratus-ratus ribu patung berhala yang berbeza-beza dan mempunyai puluhan ribu mazhab.


5. Menjadi bukti ketaatan seorang muslim kepada tuhannya, Allah memerintahkan muslim agar menghadap kiblat ketika beribadah, maka kita sebagai orang islam patuh dengan arahan tersebut. Seandainya tuhan memerintahkan umat islam menghadap ke arah sebiji batu sekalipun sudah tentu umat islam akan menghadapnya, kerana umat islam adalah umat yang paling taat kepada tuhannya. Manakala orang yang menyembah berhala akan memilih patung yang dia hendak sembah mengikut kehendak diri dia.


6. Jika benar orang yang menyembah berhala menyatakan bahawa umat islam menyembah kaabah, sudah pasti umat islam akan membina sebuah replika seperti kaabah kemudian letakkannya di hadapan rumah, jadi tidak perlu umat islam pergi jauh-jauh sehingga ke mekah untuk menunaikan haji dan umrah, atau pun umat islam tidak perlu lagi menghadap ke arah kiblat, kerana Kaabah sudah berada di hadapan mata. Maka sudah pasti umat islam tidak akan melakukan perkara tersebut, kerana bukan bangunan kaabah tersebut yang menjadi kepentingan umat islam, hanya tempat suci (tapak kaabah) sahaja yang penting bagi umat islam.


7. Seperti keterangan di atas tadi bahawa Kaabah tidak mempunyai apa-apa kuasa atau kelebihan tertentu, kalau pun Kaabah itu ditukar dalam bentuk gambar atau lukisan, maka tidak akan ada apa-apa kesan jika kaki memijaknya, buktinya ada pada sejadah umat islam, ketika solat bukan ke sejadah itu akan diletakkan di atas lantai dan umat islam akan duduk di atasnya. Manakala orang yang menyembah berhala akan meletakkan gambar-gambar tuhan mereka di tempat tempat yang mulia dan mereka percaya bahawa gambar itu membawa tuah.


8. Rakan-rakan non-muslim menjawab, kami bukan menyembah patung berhala. Kami hanya menjadikan patung-patung berhala itu sebagai wasilah untuk menyembah Allah swt, tidak boleh ke? Bukan ke Allah swt itu maha kuasa tanpa ada sedikit pun kekurangan, dia tidak memerlukan sesuatu pun untuk menjadi wasilah kepadanya, malah dia menyuruh kita menyembahnya tanpa ada satu wasilah, walau pun kita seorang ahli maksiat yang melangit tinggi dosanya. Cuba fikir-fikirkan ibrah ini, kalau lah kita mempunyai isteri, tiba-tiba semasa kita pergi ke outstation untuk beberapa hari urusan kerja, isteri akan rindu pada kita dengan melihat gambar kita, tetapi dia bukan melihat gambar kita, dia melihat seorang lelaki lain yang ada dalam gambar tersebut, cuba bayangkan bagaimana perasaan kita sebagai suaminya. Cuba bayangkan pula, rakan-rakan dari non-muslim yang menyembah patung berhala, cakap pada saya berapa ratus ribu patung yang sudah kalian sembah? Terlalu banyak bukan. Adakah rindu pada pencipta alam ini, tetapi benda lain pula yang ditatapnya. Sungguh ini tidak adil.


Kesimpulan.


Saya mengajak kepada rakan-rakan dari non-muslim berfikir sejenak, adakah amalan ibadah kita itu betul-betul berdasarkan fitrah yang ada pada diri kita atau pun kalian hanya menipu diri sendiri tanpa ada rasa. Kita telah dihadiahkan oleh Allah swt dengan akal yang sihat dan baik, tidak kah kita terfikir kepada siapa yang sepatutnya kita sembah. Bukan ke tuhan yang hebat itu hanya ada satu (esa)? Fikirkan sejenak, pasti akan ada jawapan.

8 comments:

Norashikin Abdullah said...

yeah thumbs up.. saya suke entry ini :)

Fathullah Al-Haq said...

semoga beroleh redha Allah swt :-)

Hamdi Ali said...

Bukti lain bahawa umat islam hanya menghadap Kaabah sebagai tapak kiblat dan bukannya menyembah kaabah ialah, walaupun Kaabah diangkat dan dipindahkan ke KLCC atau pun tempat yang lain sebagai contoh, umat islam tetap akan menghadap ke tapak Kaabah. Manakala orang yang menyembah berhala tetap akan menghala ke arah berhala walaupun dipindahkan ke seberang jalan sekali pun.


ok, saya fhm drpd ni sbg satu dalil aqli je, dan saya pon akan buat perkara yg sama.
cume, ade x dlm quran atau hadis yg boleh kita kaitkan dgn bukti yg saudara beri?
tq bebeh.

Fathullah Al-Haq said...

terima kasih kepada saudara yang bertanya.. Bukti bahawa ummat islam hanya menghadap tapak kaabah dan bukannya kaabah adalah banyak terdapat di dalam al-quran dan hadis.. saya akan senaraikan dalil2nya:

Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala,

فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ

“Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.” (QS. Al Baqarah: 144)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda kepada orang hodoh dalam shalat (musi’ salatahu),

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ

“Jika engkau hendak mengerjakan shalat, maka sempurnakanlah wudhumu lalu menghadaplah ke kiblat, kemudian bertakbirlah.” (HR. Bukhari no. 6251 dan Muslim no. 912)

An Nawawi dalam Syarh Muslim mengatakan, “Hadits ini terdapat faedah yang sangat banyak dan dari hadits ini diketahui pertama kali tentang hal-hal tadi adalah wajib shalat dan bukanlah sunnah.” Beliau juga mengatakan, “Dalam hadits ini menunjukkan tentang wajibnya thoharoh (bersuci), menghadap kiblat, takbirotul ihrom dan membaca Al Fatihah.” (Lihat Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 2/132)

Yang Mendapat Udzur (Keringanan) Tidak Menghadap Kiblat

Dalam Matan Al Ghoyat wat Taqrib (kitab Fiqih Syafi’iyyah), Abu Syuja’ rahimahullah mengatakan, “Ada dua keadaan seseorang boleh tidak menghadap kiblat : [1] Ketika keadaan sangat takut dan [2] Ketika shalat sunnah di atas kendaraan ketika safar.”

Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala,

فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًا

“Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka shalatlah sambil berjalan atau berkendaraan.” (QS. Al Baqarah [2] : 239). Yaitu jika seseorang tidak mampu shalat dengan sempurna karena takut dan semacamnya, maka shalatlah dengan cara yang mudah bagi kalian, bisa dengan berjalan atau dengan menaiki kendaraan.

Ibnu Umar mengatakan,

فَإِنْ كَانَ خَوْفٌ هُوَ أَشَدَّ مِنْ ذَلِكَ صَلَّوْا رِجَالاً ، قِيَامًا عَلَى أَقْدَامِهِمْ ، أَوْ رُكْبَانًا مُسْتَقْبِلِى الْقِبْلَةِ أَوْ غَيْرَ مُسْتَقْبِلِيهَا

“Apabila rasa takut lebih dari ini, maka shalatlah sambil berjalan atau berkendaraan dengan menghadap kiblat atau pun tidak.”

Malik berkata (bahwa) Nafi’ berkata,

لاَ أُرَى عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ذَكَرَ ذَلِكَ إِلاَّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم

“Aku tidaklah menilai Abdullah bin Umar (yaitu Ibnu Umar, pen) mengatakan seperti ini kecuali dari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Bukhari no. 4535)

Ibnu Umar berkata,

وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يُسَبِّحُ عَلَى الرَّاحِلَةِ قِبَلَ أَىِّ وَجْهٍ تَوَجَّهَ ، وَيُوتِرُ عَلَيْهَا ، غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يُصَلِّى عَلَيْهَا الْمَكْتُوبَةَ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa mengerjakan shalat sunnah di atas kendaraan dengan menghadap arah yang dituju kendaraan dan juga beliau melaksanakan witir di atasnya. Dan beliau tidak pernah mengerjakan shalat wajib di atas kendaraan.” (HR. Bukhari no. 1098 dan Muslim no. 1652) (Lihat At Tadzhib fi Adillati Matnil Ghoyat wa At Taqrib – Matni Abi Syuja’, hal. 53 dan Al Wajiz fi Fiqhis Sunnah wal Kitab Al ‘Aziz, hal. 82-83, Dar Ibnu Rojab)

Anonymous said...

"Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu" (Matius 11:28).
“…Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putra yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) darinya, namanya Almasih Isa Purta Maryam….” (Qs. 3:45).

﴾ Az Zukhruf:61 ﴿
Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus



"Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus" (Qs 43:61).

Anonymous said...

"Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus" (Qs 43:61).

"Dan tatkala Isa datang membawa keterangan dia berkata: "Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa hikmat dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian dari apa yang kamu berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah (kepada)-ku (Isa Al-Masih)" (Qs 43:63).
“Dan sesungguhnya ’Isa Al-Masih itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat” (Qs. 43:61).
Kata muhamad.
"Aku bukanlah rasul yang pertama diantara rasul rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak pula terhadapmu…" (Qs. 46:9)

Anonymous said...

“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku (Isa Al-Masih), pada hari aku dilahirkan, pada hari aku (Isa Al-Masih) meninggal dan pada hari aku (Isa Al-Masih) dibangkitkan hidup kembali” (Qs 19:33).

Anonymous said...

Sesungguhnya Yesus itu benar, dan tertulis di dalam Al-Quran dan Alkitab.

Surah Ali Imran: 45,a:

Ingatlah, ketika Malaikat berkata: ‘Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih ‘Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan salah seorang di antara orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)

Lukas 1 : 30

Maka malaikat itu berkata kepadanya, "Jangan takut, Maria, sebab engkau berkenan di hati Allah. Engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak, yang harus engkau beri nama Yesus.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger