Showing posts with label Aqidah. Show all posts
Showing posts with label Aqidah. Show all posts

Perbezaan Rukun Iman Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah


Segala puji bagi Allah swt serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Pada artikel yang lepas saya telah menulis mengenai Kesesatan Akidah Syiah dan perangkapnya di dalam dakwah. Saya juga telah selitkan beberapa fakta kesesatan yang berlaku dalam Syiah berdasarkan buku-buku rujukan yang muktabar mengenainya. Insyaallah, pada kali ini saya akan berkongsi kepada para pembaca semua mengenai Kesesatan Akidah Syiah Dalam Rukun Iman.

Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Rukun Iman adalah rukun yang wajib diimani oleh semua umat islam. Jika kita tidak beriman pada salah satu rukun yang ada dalam rukun-rukun iman, maka kita dihukumkan sebagai bukan daripada Islam. Di dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, semua ulama menyatakan bahawa rukun iman ada 6 perkara iaitu:
  1. Beriman kepada Allah swt.
  2. Beriman kepada Malaikat-Malaikat.
  3. Beriman kepada Kitab-Kitab.
  4. Beriman kepada Rasul-Rasul.
  5. Beriman kepada Hari Kiamat.
  6. Beriman kepada Qada dan Qadar.

Berbeza pula dengan Akidah Syiah mengenai Rukun Iman, mereka mempunyai 7 perkara. Ini adalah senarai Rukun Iman yang mereka imani :
  1. Beriman kepada Saidina Ali kwh.
  2. Beriman kepada Allah swt.
  3. Beriman kepada Malaikat-Malaikat.
  4. Beriman kepada Kitab-Kitab.
  5. Beriman kepada Rasul-Rasul.
  6. Beriman kepada Hari Kiamat.
  7. Beriman kepada Qada dan Qadar.
Berdasarkan senarai rukun iman yang diimani oleh ajaran sesat Syiah, mereka lebih mengutamakan Saidina Ali kwh daripada Allah swt. Mereka beri'tiqod bahawa apabila amalan-amalan yang mereka lakukan tanpa disertakan dengan keimanan yang kuat kepada Saidina Ali kwh, maka mereka menghukumkan amalan itu sebagai tidak sah. Allah swt telah memberi amaran keras kepada sesiapa yang tidak mengutamakan Allah swt dalam setiap perkara yang manusia lakukan. Firman Allah swt:

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). Al-baqaroh ayat 165.

Di dalam ajaran Syiah juga, mereka mempercayai bahawa Al-quran yang ada sekarang ini sudah diselewengkan. Maka bagi mereka tidak ada lagi faedah terhadapnya. Mereka lebih mempercayai dan mengimani dengan apa yang dituturkan oleh Imam-Imam mereka kerana mereka mempercayai bahawa kata-kata imam mereka adalah wahyu daripada Allah swt.

Diriwayatkan, Syiah mempunyai mashaf Ali (Mashaf Fatimah) dimana ayat Al-quran mengandungi 17000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf uthmani (yang biasa kita guna sekarang). perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul kafi, I'tiqadi, ijtima'i, Akhalaki Wa-ilmi oleh Al-Kulaini hal 443-446.

Bukti ini sudah jelas menunjukkan bahawa mereka adalah ajaran yang sesat dari sudut akidah.

Kesimpulan.

Perkara yang melibatkan kepercayaan adalah suatu perkara yang amat penting bagi setiap individu muslim yang beriman. Jika kita salah beri'tiqad, maka keislaman kita akan terbatal. Rasulullah saw pernah memberi tahu kepada sahabat-sahabatnya bahawa di padang Mahsyar nanti ada ramai orang yang membawa amalan-amalan sebesar bukit, dalam riwayat lain sebanyak bukit yang besar (dengan maksud terlalu besar dan banyak), tetapi apabila dihisab kesemuanya tiada satu pun dikira, malah ia lenyap tanpa ada satu pun manfaat. 

Bagi saya, pendekatan ilmu itu sangat-sangat penting, umat islam menjadi huru-hara disebabkan kejahilan mereka terhadap agamanya. Rasulullah bersabda dalam hadis yang sahih: Mencari Ilmu adalah fardhu bagi setiap orang islam. Jika Umat islam kembali kepada gagasan ilmu, beramal berdasarkan ilmu, beriktiqad berdasarkan ilmu, maka terdapat di sana penyatuan umat islam akan lebih menyerlah, kemenangan sudah pasti berada di dalam genggaman.


Kesesatan akidah syiah dan perangkapnya di dalam dakwah.



Segala puji bagi Allah swt yang mentadbir sekalian alam serta selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.
Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada para pembaca semua mengenai kesesatan golongan SYIAH di dalam akidah dan kepercayaan serta perangkap liciknya di dalam dakwah. Hal ini kerana, jika kita melihat balik tentang realiti yang berlaku pada umat islam, mereka masih terkeliru dan kabur dengan dakyah dan agenda busuk yang dibawa oleh syiah. Mereka menganggap bahawa mereka sama sahaja seperti kita, masih solat dan melakukan perkara yang ada di dalam islam.
Namun, kita tidak sedar bahawa merekalah punca di antara punca yang besar yang memecahkan umat islam semenjak dari zaman khalifah lagi. Seperti yang kita sedia maklum bahawa dalang yang membawa ajaran ini adalah seorang berasal dari kalangan Yahudi yang berasal daripada yaman, namanya Abdullah bin Saba'. Pengkhianat ini telah datang ke madinah Al-munawwarah untuk mempelajari islam serta menghisap darah umat islam dari dalam ketika itu. Lantas pengkhiatan ini berlaku sehingga berlaku pembunuhan seorang khalifah, iaitu khalifah Othman bin Affan r.a. Ajaran ini telah disebarkan di seluruh negara-negara arab sewaktu ketika itu. Mereka menganggap bahawa Sayidina Ali r.a setaraf dengan tuhan dan percaya bahawa imam 12 adalah Maksum (tiada dosa) setaraf dengan makam para nabi dan rasul. Begitulah serba sedikit mengenai sejarah ringkas yang dilakukan oleh syiah pada zaman awalnya. Renungkan pula apa yang berlaku di Iraq pada hari ini, masjid-masjid Sunni diroboh, lelaki dan perempuan yang bernama sahabat (Aisyah atau Umar) dirogol dan dibunuh, golongan yang berpegang kepada Sunni dibunuh dan dicaci dan pelbagai lagi yang mereka lakukan di sana sehingga sekarang.

Syiah mempercayai imam-imam yang telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Hal ini dinyatakan di dalam kitab Aqaid al-imamiyah oleh ulama syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78:
Terjemahannya:
Akidah Kami Tentang Imam Itu Telah Sabit Secara Nas.
Kami (syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah swt atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang talah ditentukan oleh Allah, sebagaimana mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan Allah. Kami mempercayai bahawa nabi saw pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abi talib sebagai amirul mukminin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Bagina telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang islam pada hari ghadir, lalu baginda bersabda: Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Allah yang menjadi ketuanya. Wahai tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang telah menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada.

Syiah mempercayai pengganti Rasulullah saw ialah Sayidina Ali. Kemudian Sayidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya hasan, hasan pula mewasiatkannya kepada hussain sehinggalah kepada Imam 12 Al-Mahdi Al-Muntazar. Ia merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi bermula daripada nabi adam sehinggalah nabi yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam kitab Aslu Al-syiah Wa usuluhu oleh Muhammad bin Husain Ali Khasyif al-Ghita', hal. 136.
Ulasan mengenai petikan di atas.
Tidak terdapat sebarang nas dari al-Quran atau Hadis-hadis sahih yang jelas maksudnya bahawa Sayidina Ali itu ditentukan sebagai khalifah selepas wafat Rasulullah saw. Oleh sebab itu, para sahabat telah bersetuju dan bersepakat melantik Sayidina Abu bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik sahaja kewafatan Rasulullah saw dan Sayidina Ali pun sendiri telah bermubaya'ah dengan Sayidina Abu bakar.
Berikutnya, syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa kecil dan dosa besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti para nabi. Pada iktikad mereka, imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar syiah di dalam kitab Awail al-maqalat yang dipetik oleh Muhammad jawad Mughniah di dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan. Hal. 38.
Terjemahannya:
Ismah ialah sesuatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak mendapat pujian dan balasan. Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat dan hukum-hukumnya dan sampai ke martabat yang tidak melakukan kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut kepada imam-imam secara sempurna sebagaimana disyaratkan kepada wali. Syeikh Mufid berkata di dalam kitab Awail al-maqalat bab perbincangan mengenai imam-imam itu maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud dan memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sama seperti nabi yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil dan tidak harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan agama bahkan mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini wujud kepada keseluruhan mazhab imam syiah imamiah, kecuali sahaja yang bersifat ganjil daripada mereka.

Ulasan mengenai petikan di atas.
Jelas terdapat dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbiya' sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat'i. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud:
Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quraan) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (An-najmu ayat 3 dan 4)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al-ahzab ayat 21)
Ia memasamkan muka dan berpaling, kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad). Barangkali ia mahu membersihkan hatinya dengan agama yang didapatinya daripada kamu. Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (Abasa ayat 1-4)
Itulah di antara bukti-bukti yang telah dilakukan oleh golongan syiah di dalam akidah. Sebenarnya masih banyak lagi bukti yang ingin saya bawakan kepada para pembaca semua mengenai kesesatan syiah, tetapi saya rasa biarlah ia secara berperingkat-peringkat.

Kesimpulan.
Kesesatan syiah telah menjerumuskan golongan orang yang rendah daya pengetahuannya terhadap islam. Mereka memasang perangkap yang sangat licik untuk membawa orang lain kepada fahaman tersebut. Antara perangkap licik mereka adalah seperti berikut:
1.       Mengajak kita untuk menyintai "Ahlul Bait".
2.       Mereka akan menceritakan kisah-kisah dusta bagaimana "Ahlul Bait" ditindas hanya kerana untuk menyentuh emosi dan membuatkan kita menangis.
3.       Syiah akan membuatkan kita meragui pegangan kita selama ini.
4.       Syiah akan menyuntik perasaan dendam dan secara tidak langsung mereka akan melatih kita untuk berbunuhan dan menyebabkan pertumpahan darah.

10 Perkara Yang Membatalkan Islam.





1. Syirik dalam beribadah kepada Allah swt, yakni mempersekutukan Allah dengan sesuatu selain daripadaNya.

Firman Allah swt yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (Menurut sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. An-nisa ayat 48.


2. Sesiapa yang menjadikan di antara dia dan Allah swt akan sesuatu sebagai perantaraan, seperti meminta pertolongan dan berserah diri kepada sesuatu selain dari Allah swt, maka dia telah kafir. Seperti apa yang berlaku pada agama Kristian, mereka telah mengangkat nabi Isa a.s daripada apa yang sepatutnya, akhirnya nabi Isa diangkat sebagai tuhan. Padahal nabi Isa adalah manusia seperti kita semua.

Firman Allah swt yang bermaksud : Katakanlah : Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa tuhan kamu hanyalah tuhan yang satu, oleh itu, sesiapa yang percaya akan pertemuan dengan tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada tuhannya. Al-kahfi ayat 110.

Kesan daripada perantaraan juga ialah seperti apa yang berlaku pada kaum musyrikin Makkah dahulu, mereka percaya bahawa Allah swt itu ada, tetapi mereka mengambil berhala-berhala sebagai perantara dengan Allah swt, seperti firmannya :

Firman Allah swt : Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah swt dengan mengikhlaskan ibdat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan demikian itulah agama yang benar. Al-bayyinah ayat 5.

Sama juga seperti hari ini, ramai manusia telah beriktiqod bahawa guru-guru ada kuasa, gelang yang boleh melindung serta menyembuhkan, ubat yang menyembuhkan penyakit, adanya sakit berjangkit, percaya terhadap ramalan-ramalan ahli sihir, pergi ke kubur-kubur para wali untuk meminta-minta pertolongan, dan banyak lagi perkara khurafat yang menjalar di dalam masyarakat. Perkara ini harus di ambil perhatian yang serius oleh semua orang, kerana dengan kesesatan dan iktiqod yang sesat ini menyebabkan amalan-amalan kita yang lain tidak diterima oleh Allah swt. Perkara khurafat inilah yang telah menyebabkan umat islam menjadi mundur dan tidak bertamadun.

3. Sesiapa yang mendakwa dan meyakini bahawa golongan musyrikin itu tidak kufur, maka ia keluar dari islam.


4. Sesiapa yang beriktiqod bahawa bukan nabi Muhammad saw sebagai pelengkap pembawa risalah dan petunjuk daripada nabi-nabi sebelumnya, dan menganggap bahawa apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw itu tidak elok, seperti ketinggalan zaman, mundur dan hina. Dia menganggap pula bahawa apa yang dibawa oleh taghut adalah baik seperti hukum perundangan dan lainnya. Maka ia telah kafir.

5. Sesiapa yang tidak suka dengan apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw walaupun satu perkara, maka ia kafir. Sebagai contoh pada hari ini, ada orang telah menyatakan bahawa hukum potong tangan adalah hukum yang kolot, ini telah membawa satu fahaman akidah yang sangat tergelincir. Hukum ini bukanlah sistem yang dibawa oleh manusia dan bukan juga kempen-kempen oleh parti politik, bahkan ia adalah satu sistem perundangan yang dibawa dan diwajibkan oleh pencipta manusia dan alam ini yakni Allah swt kepada pemerintah sepert firman Allah swt :

Sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah swt (Mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang jelas diterangkan di dalam a-quran) , lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. Muhammad ayat 9.



6. Sesiapa yang mempersendakan balasan baik dan balasan buruk atau pahala dan dosa, maka ia kafir. Sebagai contoh, ada orang menyatakan bahawa apabila dia membuat maksiat, dia yakin yang dia akan terlepas dari sebarang akibat perbuatannya sama ada di dunia dan akhirat.

Firman Allah swt : Dan jika engkau bertanyakan kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu), tentulah mereka akan menjawab : " Sesungguhnya kami hanyalah berbual-bual dan bermain-main". Katakanlah : " Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". Janganah kamu berdalih (Dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (Melahirkan) iman. Jika kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. Attaubah ayat 65 dan 66.



7. Melakukan sihir, menyokong perbuatan sihir, dan ingin cenderong ke arahnya. Maka sesiapa yang melakukan dan merelakan perbuatan sihir, ia kafir. Pada hari ini, terlalu ramai manusia yang mengamalkan sihir, mereka sanggup menyihir orang semata-mata untuk memikat hati seorang perempuan. Semata-mata untuk merebut tanah dan harta yang ditinggalkan oleh pewaris, sanggup sihirkan saudara kandung sendiri. Disebabkan ada orang yang berniaga di sebelah tempat perniagaannya, dia sanggup menggunakan sihir untuk merosakkan perniagaannya. Ini adalah satu fenomena sihir yang berlaku dalam masyarakat, perbuatan inilah yang telah membawa manusia kepada pergaduhan, fitnah, dan huru hara.

Firman Allah swt : Sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (Untuk menguji imanmu) oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Al-baqoroh ayat 102.




8. Menyatakan sokongan terhadap golongan kafir dan membantu golongan ini dalam perjuangan mereka menyerang golongan muslimin yang tidak zalim.

Firman Allah swt : Dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. Al-maaidah ayat 51.


9. Sesiapa yang beriktiqod bahawa ada agama lain selain daripada agama islam, maka ia kafir. Pada hari ini, ramai manusia ingin mencari persamaan dalam beragama, mereka menganggap bahawa agama lain juga adalah benar, iktiqod ini telah menyimpang jauh daripada akidah agama yang sebenar. Mereka juga menyatakan bahawa agama lain juga menganjurkan amalan yang baik kepada umatnya, ini akan menimbulkan kekeliruan yang besar dalam masyarakat, akhirnya masyarakat yang jahil sewenang-wenangnya keluar daripada agama islam seperti apa yang berlaku pada hari ini.

Firman Allah swt : Dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Ali-imran ayat 85.



10. Sesiapa yang berpaling daripada agama islam dengan tidak mempejarinya dan tidak pula mengamalkannya, maka batal keislamannya. Banyak umat islam pada hari ini menganggap bahawa apabila dia berbangsa Melayu, maka dia islam, padahal dia tidak mengamalkan dan mempelajari ajaran islam yang betul dalam kehidupan seharian. Ramai juga yang mengaku bahawa dia islam kerana nama dan ibu bapanya islam, padahal dia tidak beramal dan mendalami ilmu islam. Inilah salah faham yang menyebabkan mereka tenang dan tidak rasa bersalah terhadap Allah swt kerana mereka menganggap bahawa mereka masih islam.

Firman Allah swt : Dan tidakkah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat tuhannya, kemudian ia berpaling kepadanya, sesungguhnya kami tetap membalas pada orang - orang yang berdosa ( zalim). As-sajadah ayat 22.



Kesimpulannya, ilmu akidah adalah ilmu yang asas terhadap ilmu-ilmu syariah. Kesahihan akidah adalah kunci terhadap sahnya amalan-amalan yang lain seperti solat, puasa, haji, dan lainnya. Jika salah pegangan akidahnya, maka semua perbuatan amalannya tidak diterima. Semoga Allah mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

Allah Exists Without a Place




Praise be to Allah, the Lord of the worlds. To Allah belong the endowments, befitting perfection, and commendations. We ask Allah to raise the rank of Prophet Muhammad , and to protect his nation from what he fears for it. Thereafter:

The belief that Allah, ta'ala, exists without a place is the creed of the Messenger of Allah , the Companions, and those who graciously followed them, and it shall so be until the Day of Judgment. The proof of this precious statement is what Allah said in the Qur'an, in Surat ash-Shura, ayah 11:

لَيْسَ كمثلهِ شىءٌ وهوَ السَّميعُ البصيرُ

which means: (There is absolutely nothing like Allah whatsoever, and He has the attributes of Hearing and Seeing.) This ayah absolutely clears Allah of resembling the creations. It comprises that Allah, ta'ala, is absolutely different from the creations in the Self, Attributes, and Actions. Hence, it shows that Allah, ta'ala, exists without a place, because whatever exists in a place is, by nature, i.e., composed of particles, i.e., it is a body, occupying a space. Allah, ta'ala, is clear of occupying spaces.

Al-Bukhariyy, al-Bayhaqiyy and Ibnul-Jarud related that the Messenger of Allah, said:

روى البخارىُّ والبيهقىُّ وابنُ الجارود أن رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قال
                                                                                                                        
كان الله ولم يَكُنْ شَىءٌ غَيْرُهُ

which means: (Allah existed eternally and nothing else existed ) This hadith proves that only Allah existed without a beginning, i.e., before creating any of the creation. There was nothing with Allah: no place, no space, no sky, no Earth, no light, and no darkness. It is determined in the rules of the Religion and the judgments of the sound mind that Allah, the Exalted, does not change. Hence, it is impossible that after having been existing without a place, Allah will change and dwell in a place, because this is a development. The development is a sign of needing others, and the one who needs others is not God.

Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy related in his book, Al-Farqu Baynal-Firaq, that Imam ^Aliyy, the fourth of the caliphs, may Allah reward his deeds, said:

نقل الإمامُ أبو منصور البغدادىُّ في كتابه الفَرْقُ بينَ الفِرَقِ  أن الإمامَ علىَّ بنَ أبِى طالب رضى الله عنه قال كان الله ولا مكان، وهو الآن على ما عليه كان

which means: << Allah existed eternally and there was no place, and He now is as He was. [i.e., without a place]>>

Imam Abu Hanifah, who is one of the authorities of Salaf, said in his book Al-Fiqh al-Absat: << Allah existed eternally and there was no place. He existed before creating the creation. He existed, and there was no place, creation, or thing. He is the Creator of everything.>>

Imam Hafidh al-Bayhaqiyy said in his book, Al-Asma'u was-Sifat, on page 400: <<...What was mentioned towards the end of the hadith is an evidence for negating that Allah has a place and negating that the slave is alike to Allah . Allah, the Exalted, is adh-Dhahir (الظاهر) . Hence, it is valid to know about Him by proofs. Allah is al-Batin (الباطن). Hence, it is invalid that He dwells in a place.>> Al-Bayhaqiyy also said: << (الظاهر) and there is nothing above You, and You are al-Batin (الباطن) and there is nothing underneath You." Therefore, if there is nothing above Him and nothing underneath Him, He is not in a place."

Imam Ahmad Ibn Salamah, Abu Ja^far at-Tahawiyy, who was born in the year 237 after Hijrah, wrote a very famous book called al-^Aqidah at-Tahawiyyah. He mentioned that the content of his book is an explantion of the creed of Ahlus-Sunnah wal Jama^ah, which is the creed of Imam Abu Hanifah, who died in the year 150 after Hijrah, and his two companions, Imam Abu Yusuf al-Qadi and Imam Muhammad Ibn al-Hasan ash-Shaybaniyy and others. He said in his book:

قال الإمامُ أَبو جَعْفَرِ الطَّحَاوِىُّ السَّلَفىُّ تَعَالى عن الحُدُودِ والغَاياتِ والأَركانِ والأَعضَاء والأَدَوَاتِ لا تَحوِيهِ الجِهَاتُ السّتُّ كَسَائِرِ المُبْتَدَعَاتِ

which means: << Allah is supremely clear of all boundaries, extremes, sides, organs, and instruments. The six directions do not contain Him, for these are attributed to all created things.>> Such is the saying of Imam Abu Ja^far who is among the heads of Salaf. Abu Ja^far explicitly stated that Allah is clear of being contained by the six directions. The six directions are above, below, ahead, behind, right, and left.

The linguist and scholar of Hadith, Imam Muhammad Murtada az-Zabidiyy, narrated by a continuous chain from himself back to Imam Zayn al-^Abidin ^Aliyy Ibn al-Husayn Ibn ^Aliyy Ibn Abi Talib, (who was among the best of Salaf, who earned the title of as-Sajjad, i.e., the one who prays a lot), that Zayn al-^Abidin, in his treatise as-Sahifah as-Sajjadiyyah, said about Allah:

روى المحدثُ اللغوىُّ الإمامُ محمد مرتضَى الزَّبيدىُّ بالإسناد المتصل منه إلى الإمام زين العابدين رضى الله عنه وهو من رءوس السَّلف والمعروف بالسَّجَّاد،

قال في رسالته المشهورة بالصَّحيفة السَّجَّاديَّة

سبحانك أنتَ الله الذى لا يحويك مكان

which means: <> He also said:

قال الإمام زينُ العابدين علىُّ بنُ الحسين سبحانك أنتَ الله الذى لستَ بمحدود

which means: <. >>

In the explanation of Al-Bukhariyy in the chapter on Al-Jihad, Hafidh Ibn Hajar al-^Asqalaniyy said: "The fact that the two directions above and below are impossible to be attributes of Allah, does not necessitate that Allah would not be attributed with aboveness, because attributing aboveness to Allah is a matter of status and the impossibility lies in it being physical. >>

The Hanafiyy scholar Zaynud-Din Ibn Nujaym, in his book Al-Bahrur-Ra'iq, on page 129 said: <. >>

Imam Ahmad ar-Rifa^iyy al-Kabir, who lived around the year 600 after Hijrah, said:

قال الإمامُ أحمدُ الرفاعىُّ الكبير

غايةُ المعرفةِ بالله الإيقانُ بوجوده تعالى بِلا كيفٍ ولا مكانٍ

which means: <:

قال الإمامُ محمدُ بنُ هِبَةَ المكّىُّ فى قصيدته  حدائقُ الفُصُولِ وجواهرُ العُقُول

المعروفةِ أيضًا باسم العقيدة الصَّلاحية

قد كان موجودا ولا مكانا               وحكمُه الآن على ما كان



Which means: << Allah existed eternally and there was no place, and the judgment about His existence now is that He is as He was [i.e., without a place]>>.

Imam Ja^far as-Sadiq said: <.

Shaykh ^Abdul-Ghaniyy an-Nabulusiyy said: <. >>

Imam Fakhrud-Din Ibn ^Asakir said in his ^Aqidah: Allah existed before the creation. He does not have a before or an after, an above or a below, a right or a left, an ahead or a behind, a whole or a part. It must not be said: When was He, Where was He, or how was He? Allah exists without a place. He created the universe and willed for the existence of time. He is not bound by time or designated with place. >>



Imam Abu Sulayman al-Khattabiyy said: <<>, and <> does not apply to Allah or His Attributes. >>

Know beyond doubt that the question <> (kayf: كيف :) does not apply to Allah. <> is a question related to shapes, bodies, places, depths, and dimensions. Allah is clear of all such attributes. Also be firm that it is invalid to say about Allah <<... but we do not know how>>, because in essence, it falsely indicates that Allah has a color, shape, dimensions, body and place, but one is simply ignorant of its <>>.

Imam al-Ghazaliyy said: << Allah, the Exalted, existed eternally and there was no place. He is not a body, jawhar (minute indivisible particle), or bodily property, and He is not on a place or in a place. >>

All of these sayings show that attributing the physical aboveness and the place to Allah is contrary to the Qur'an, Hadith, Ijma^, and intellectual proof. The intellectual proof that Allah exists without a place lies in the fact that God has the attributes of perfection. Needing others is not an attribute of perfection. The one who occupies place needs that place. The one who needs others (whether it is a place or any other creation) is not God. Moreover, as the mind determines that Allah existed without a place before creating places. The mind also determines that after Allah created the places, He still exists without a place.

The scholars, like Imam Ahmad ar-Rifa^iyy, determined that lifting the hands and the faces towards the sky when performing du^a' (supplication) is because the heavens are the qiblah of du^a' just as the Ka^bah is the Qiblah of Salah. From the heavens, the mercies and blessings of Allah descend.

Hence, it is clear for the one who seeks the truth that the saying that Allah exists without a place is what complies with the Qur'an, Hadith, Ijma^, and criteria of the sound intellect. Be firm and certain that before creating places, Allah, Who created everything (places and everything else), existed without a place, and after creating places, Allah still exists without a place.



Since we have determined that the creed of the Muslims is that Allah exists without a place and that the question "how" does not apply to Allah, it is clear to us that the ^Arsh (Throne), which is the largest of all the creations and the ceiling of Paradise, is not a place for Allah, the Exalted.

Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy related that Imam ^Aliyy Ibn Abi Talib, the fourth caliph, said:

نَقَلَ الإمامُ أبو مَنْصورِ البغدادىُّ أنَّ الإمام علىّ بنَ أبى طالب رضى الله عنه قال إنَّ الله تَعَالى خَلَقَ العَرْشَ إظْهَارًا لِقُدْرَتِهِ وَلم يَتَّخِذُهُ مَكانًا لِذَاتِهِ

which means: <.>>

Imam Abu Hanifah said in his book, al-Wasiyyah,: <<...and He is the Preserver of the ^Arsh and everything else, without needing them, for had He been in need, He would not have the power to create, manage, and preserve the world. Moreover, had He been in a place needing to sit and rest, before creating the ^Arsh, where was Allah? >> That is, the question <> would have applied to Him, which is impossible.

Also, in his book, Al-Fiqh al-Absat, Imam Abu Hanifah said: <.'>>

Consequently, Imam Ahmad declared whoever says these last two phrases that is a kafir, because they contain attributing a direction, boundary, and place to Allah. Everything that has a direction and boundary is by necessity in need of a Creator. Thus, it is not the intention of Imam Abu Hanifah to prove that the heaven and ^Arsh are places for Allah, as those who liken Allah to the creation claim. This is by virtue of the aforementioned saying of the Imam: <>, which is clear in negating that Allah has a direction or a place.



In his book, Ihya'u ^Ulumid-Din, Imam al-Ghazaliyy said: <<...places do not contain Him [Allah], nor do the directions, Earth, or heavens. He is attributed with an istiwa' (استواء) over the ^Arsh as He said in the Qur'an, with the meaning that He willed and not as what people may delude. It is an isti’wa’ (استواء) which is clear of touching, resting, holding, moving, and containment. The ^Arsh does not carry Him, but rather the ^Arsh and those who carry it are all carried by Allah's Power, and they are subjugated to Him. He is above the ^Arsh, the heavens, and everything in status, with an aboveness that does not give Him proximity to the ^Arsh or the heavens as it does not give Him farness from Earth. He is higher in status than everything: higher in status than the ^Arsh and the heavens, as He is higher in status than Earth and the rest of the creation. >>

Shaykh ^Abdul-Ghaniyy an-Nabulusiyy said: <> Ayah 93 of Surat Maryam:

إن كلُّ مَن فى السمواتِ والأرضِ إلا ءاتِى الرحمنِ عبدًا

means: <> In this Tafsir (book of explaining the Qur'an), Imam ar-Raziyy said: <.>>

Hence, ayah 5 of Surat Taha, in the Qur'an:

الرَّحمنُ على العرشِ استوى

clearly does not mean that Allah sits on the ^Arsh or that Allah is firmly established on the ^Arsh. In the Arabic language, the word istawa (استوى) has fifteen (15) different meanings, among which are to sit, subjugate, protect, conquer, and preserve. Based on what we have covered so far, it is obvious that it is blasphemous to apply the meaning <> to Allah. However, the terms to preserve and to subjugate are in compliance with the Religion and the Arabic language.



Imam Hafidh Ibn Rajab al-Hambaliyy explained the meaning of istiwa' (استواء) as istila' (استيلاء), which means subjugating. That is, Allah attributed Himself with subjugating the ^Arsh in eternity (the status of existing without a beginning, that is, before creating the creation). Since the ^Arsh, the largest creation of Allah, is subjugated to Allah, then everything else which is smaller than the ^Arsh is under the control of Allah.

It was affirmed about Imam Malik Ibn Anas, may Allah reward his deeds, in what al-Bayhaqiyy related with a sound chain from the route of ^Abdullah Ibn Wahb, that <<> Malik looked down dismayed and he lifted his head and said <<^alal ^Arsh istawa as He attributed to Himself. It is invalid to say how, and `how' does not apply to Him. I see that you are an innovator. Order him out.>> Hence, the saying of Imam Malik, <<`How' does not apply to Him,>> means that His istiwa' over the ^Arsh is without a how, i.e., it is not with a body, place, shape, or form like sitting, touching, suspending above, and the like.

Hence, there is no basis for the saying of those who liken Allah to the creation, which they falsely attribute to Imam Malik, that istiwa' is known and the how of it is unknown. This saying of theirs is invalid, because sitting, no matter how it is, will be by organs and body parts that fold. Moreover, the statement claiming that Imam Malik attributed a <> to Allah is a fabrication.

Imam al-Lalika'iyy narrated about Umm Salamah and Rabi^ah Ibn Abi ^Abdir-Rahman:

رَوَى اللالِكائىُّ عن أم سَلَمَة ورَبيعةَ بن أبِى عبد الرحمن الاستواءُ غيرُ مجهول والكيف غيرُ معقولٍ

which means: <' (استواء) is not unknown, because it is mentioned in the Qur'an. The kayf (كيف), that is, its how is inconceivable, because its applicability to Allah is impossible.>> Hence, the hadiths and the ayahs that attribute aboveness to Allah, refer to the aboveness of status and not the aboveness of place, distance, direction, touching, or suspending.

In Surat al-An^am ayah 61, Allah said:



وهو القاهرُ فوقَ عبادهُ

which means: <>. Hence the term fawq used in this ayah refers to subjugation and not to a place or a direction.

Beware of what appeared in the so-called Translation of the Qur'an by Yusuf Ali and the so-called revised version issued and printed by King Fahd Holy Qur'an Printing Complex in al-Madinah al-Munawwarah, where on page 879, in interpreting ayah 5 in Surat Taha:

الرَّحمنُ على العرشِ استوى

they say: <> and in the footnote they explicitey say: <.>>

Similarly, be aware of all the other parts of this book which liken Allah to His creation, like on page 1799 where in ayah 42 of Surat al-Qalam:

يومَ يُكشفُ عن ساق

They attribute a shin to Allah, while the term <>> (ساق) in this verse means <>. Hence the ayah means <>. On page 1015 in interpreting Surat an-Nur, ayah 35:

الله نور السمواتِ والأرض

They say <> and in the footnote they say explicitey: <> Allah cannot be imagined. This verse means that Allah is the Creator of the light of guidance for the inhabitants of the heavens and the believing inhabitants of Earth, as was explained by ^Abdullah Ibn ^Abbas.

Another translation of the Qur'an was published also by King Fahd Printing Complex under the name of <>. The two translators followed the methodology of the mushabbihah in translating the meanings of the mutashabih verses. They attribute to Allah different bodily parts (see page 81, footnote V3:73).

The mushabbihah are those who liken Allah to the creation; they believe Allah resembles the creation. They attribute to Allah places, directions, shapes, and bodies, and they try to camouflage it by saying: <> All of that does not clear them of blasphemy, because Allah is not composed of body parts and does not resemble the creation in any way whatsoever.

Praise be to Allah the Lord of the worlds, the One Who is clear of resembling the creation, all nonbefitting attributes, and all that which the blasphemers unrightfully say about Him.

Allah Knows Best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger