Perbezaan Rukun Iman Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah


Segala puji bagi Allah swt serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Pada artikel yang lepas saya telah menulis mengenai Kesesatan Akidah Syiah dan perangkapnya di dalam dakwah. Saya juga telah selitkan beberapa fakta kesesatan yang berlaku dalam Syiah berdasarkan buku-buku rujukan yang muktabar mengenainya. Insyaallah, pada kali ini saya akan berkongsi kepada para pembaca semua mengenai Kesesatan Akidah Syiah Dalam Rukun Iman.

Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Rukun Iman adalah rukun yang wajib diimani oleh semua umat islam. Jika kita tidak beriman pada salah satu rukun yang ada dalam rukun-rukun iman, maka kita dihukumkan sebagai bukan daripada Islam. Di dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, semua ulama menyatakan bahawa rukun iman ada 6 perkara iaitu:
  1. Beriman kepada Allah swt.
  2. Beriman kepada Malaikat-Malaikat.
  3. Beriman kepada Kitab-Kitab.
  4. Beriman kepada Rasul-Rasul.
  5. Beriman kepada Hari Kiamat.
  6. Beriman kepada Qada dan Qadar.

Berbeza pula dengan Akidah Syiah mengenai Rukun Iman, mereka mempunyai 7 perkara. Ini adalah senarai Rukun Iman yang mereka imani :
  1. Beriman kepada Saidina Ali kwh.
  2. Beriman kepada Allah swt.
  3. Beriman kepada Malaikat-Malaikat.
  4. Beriman kepada Kitab-Kitab.
  5. Beriman kepada Rasul-Rasul.
  6. Beriman kepada Hari Kiamat.
  7. Beriman kepada Qada dan Qadar.
Berdasarkan senarai rukun iman yang diimani oleh ajaran sesat Syiah, mereka lebih mengutamakan Saidina Ali kwh daripada Allah swt. Mereka beri'tiqod bahawa apabila amalan-amalan yang mereka lakukan tanpa disertakan dengan keimanan yang kuat kepada Saidina Ali kwh, maka mereka menghukumkan amalan itu sebagai tidak sah. Allah swt telah memberi amaran keras kepada sesiapa yang tidak mengutamakan Allah swt dalam setiap perkara yang manusia lakukan. Firman Allah swt:

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). Al-baqaroh ayat 165.

Di dalam ajaran Syiah juga, mereka mempercayai bahawa Al-quran yang ada sekarang ini sudah diselewengkan. Maka bagi mereka tidak ada lagi faedah terhadapnya. Mereka lebih mempercayai dan mengimani dengan apa yang dituturkan oleh Imam-Imam mereka kerana mereka mempercayai bahawa kata-kata imam mereka adalah wahyu daripada Allah swt.

Diriwayatkan, Syiah mempunyai mashaf Ali (Mashaf Fatimah) dimana ayat Al-quran mengandungi 17000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf uthmani (yang biasa kita guna sekarang). perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul kafi, I'tiqadi, ijtima'i, Akhalaki Wa-ilmi oleh Al-Kulaini hal 443-446.

Bukti ini sudah jelas menunjukkan bahawa mereka adalah ajaran yang sesat dari sudut akidah.

Kesimpulan.

Perkara yang melibatkan kepercayaan adalah suatu perkara yang amat penting bagi setiap individu muslim yang beriman. Jika kita salah beri'tiqad, maka keislaman kita akan terbatal. Rasulullah saw pernah memberi tahu kepada sahabat-sahabatnya bahawa di padang Mahsyar nanti ada ramai orang yang membawa amalan-amalan sebesar bukit, dalam riwayat lain sebanyak bukit yang besar (dengan maksud terlalu besar dan banyak), tetapi apabila dihisab kesemuanya tiada satu pun dikira, malah ia lenyap tanpa ada satu pun manfaat. 

Bagi saya, pendekatan ilmu itu sangat-sangat penting, umat islam menjadi huru-hara disebabkan kejahilan mereka terhadap agamanya. Rasulullah bersabda dalam hadis yang sahih: Mencari Ilmu adalah fardhu bagi setiap orang islam. Jika Umat islam kembali kepada gagasan ilmu, beramal berdasarkan ilmu, beriktiqad berdasarkan ilmu, maka terdapat di sana penyatuan umat islam akan lebih menyerlah, kemenangan sudah pasti berada di dalam genggaman.


1 comments:

MalaysiaRia said...

Salam, Mohon izin di copy ke website kami http://www.malaysiaria.com.my . Tuan juga dijemput untuk turut serta di dalam perdebatan Syiah/Sunni di Web kami

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger