Pengumuman penting kepada sahabat-sahabat yg dikasihi!!!

Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa tarikh perkahwinan saya akan berlangsung pada.... hmm.. "Fath, awak dah silap baca skrip ni" "yeke.. Err, ok2.. terima kasih" sambil membuat muka toye (macam mana ye nak buat muka tu) yang sebenarnya Saya ingin maklumkan bahawa fikrahhalaqoh.blogspot.com sudah berpindah ke page http://fikrahhalaqah.com/ diharap para sahabat dapat mendoakan saya agar terus tsabat berada di dalam arena dakwah ini demi islam. p...

Kelebihan Orang Yang Menghafal Al-quran

“Fath, anta nak tak masuk Maahad Tahfiz?” Tanya seorang rakan baik yang sedang belajar di Tahfiz. “Maahad tahfiz tu macam mana belajarnya” Tanya ku spontan. “Macam biasalah, hafal al-quran, belajar feqah, belajar tauhid dan lain-lain lagi” jawab dia selamber. “Banyak kelebihan tau orang hafal al-Quran ni” tambahnya lagi. Uish bestnya, mataku seakan-akan keluar segala jenis bintang2 yang bersinar pada masa itu, macam hendak ikut program skim cepat kaya sahaja lagaknya. Teringat perbualan di atas dahulu ketika sedang menunggu keputusan UPSR, akibat degil cakap Umi, terus setahun tidak dapat apa-apa duduk di Tahfiz. Umiku berharap agar aku masuk ke asrama penuh. Alhamdulillah, banyaknya hikmah yang tersembunyi. Berusahalah, mengisi borang sendiri...

Hukum berikhtilat mengikut pandangan ulama' kontemporari dan kaedah usul.

“Ustaz, apakah hukum berikhtilat di antara lelaki dan perempuan” tanya seseorang. Saya tidak terus menjawab, saya bertanya pula. “Apa yang kamu faham mengenai masalah ikhtilat”. Dia menjawab. “Err, berkawan di antara lelaki dan perempuan”. Tambahnya lagi. “Saya ada baca di blog-blog dan di artikel-artikel, terlalu banyak hal yang mengelirukan, ada yang kata haram terus, ada yang kata boleh”. Saya menjawab. “Insyaallah saya akan terangkan masalah hukum tersebut, jadi selepas ini kamu perlu berhati-hati ketika mengambil hukum atau kefahaman islam melalui wasilah itu, boleh tanya kepada orang yang lebih ahli mengenai sesuatu bab atau membaca artikel2 mereka di samping memperbanyakkan bacaan bahan agama”. Baru-baru ini saya telah ditanya mengenai...

Alangkah Seronoknya.

Alhamdulillah, hari ini aku rasa sangat seronok dan bahagia berada di University Yarmouk. Seperti hati ini berada di dalam syurga dunia. Alangkah seronoknya bila setiap hari begini. Pada pukul 1 petang td, Universiti Yarmouk telah di ziarahi oleh salah seorang dari keturunan Rasulullah saw, beliau ialah Habib Omar bin Hafiz. Ketika menunggu beliau di dewan Tarbiyah tadi, terasa hati ini sangat berbunga-bunga kerana tidak sabar menunggu kehadirannya. Alhamdulillah, seusai menunggu selama beberapa minit, beliau pun sampai ke dewan serta ditemani oleh dekan syariah iaitu Dr Uqlah dan beberapa Dr2 yang lain. Subhanallah, terasa terujanya melihat wajah beliau, kerana berkat keturunan Rasulullah saw barangkali. Hati ini terasa sngt sejuk hampir...

Kematangan bukan faktor umur.

Setuju atau tidak jika saya katakan bahawa banyak orang gagal dalam hidupnya adalah disebabkan lambat matang? Setuju atau tidak jika saya katakan lagi bahawa dunia mengalami kemunduran pada hari ini kerana manusia yang ada di dalamnya lambat matang? Atau pun setuju atau tidak jika saya katakan bahawa masalah sosial melampau yang berlaku pada hari ini adalah akibat dari lambat matang? Dan saya boleh katakan bahawa 90% masalah yang berlaku dalam dunia hari ini berpunca dari lambat matang. Saya pasti para pembaca sudah menjawab soalan-soalan di atas dengan pelbagai tafsiran yang keluar dari benak fikiran dan hati pembaca sekalian, sama ada hendak mengkritik saya atau pun hendak menyokong saya dengan hujah-hujah yang saya ingin bincangkan pada...

Pages 101234 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger