Kematangan bukan faktor umur.


Setuju atau tidak jika saya katakan bahawa banyak orang gagal dalam hidupnya adalah disebabkan lambat matang? Setuju atau tidak jika saya katakan lagi bahawa dunia mengalami kemunduran pada hari ini kerana manusia yang ada di dalamnya lambat matang? Atau pun setuju atau tidak jika saya katakan bahawa masalah sosial melampau yang berlaku pada hari ini adalah akibat dari lambat matang? Dan saya boleh katakan bahawa 90% masalah yang berlaku dalam dunia hari ini berpunca dari lambat matang.


Saya pasti para pembaca sudah menjawab soalan-soalan di atas dengan pelbagai tafsiran yang keluar dari benak fikiran dan hati pembaca sekalian, sama ada hendak mengkritik saya atau pun hendak menyokong saya dengan hujah-hujah yang saya ingin bincangkan pada penulisan kali ini. Jom sekejap bersama saya dalam meleraikan masalah ini.

Ada segelintir dari para pembaca tanya, "yang sebenarnya, matang itu apa dia? Adakah gelak sekali and then senyap kata salah seorang dari sahabat saya, atau pun terlalu serius sampaikan lupa untuk bergurau senda, atau pun masa belajar nie kene ingat belajar sahaja sampai muntah, jangan ingat benda lain langsung, serta banyak lagi anggapan jika hendak dihimpunkan" mungkin ada setengah daripada pembaca yang langsung tidak memahami apa itu konsep 'matang'. Ini pun tidak apa, tiada masalah.

Selain itu, kita juga boleh dapat makna takrifnya dari kamus dewan bagi sesiapa yang rajin membuka kamus. Di situ ada makna yang tersendiri mengenai makna matang.

Jadi, saya tidak mahu mengambil definisi daripada makna tersebut. Cuma, saya ingin letakkan bahawa makna sebuah kematangan ialah apabila manusia meletakkan syurga sebagai matlamat, dan kesemua perbuatannya adalah kerana matlamatnya. Agak-agak senang ke hendak ingat definisi tersebut.

Berdasarkan definisi yang saya cakap sebentar tadi dan juga kajian yang mendalam mengenainya, percaya atau tidak bahawa kejayaan tokoh-tokoh yang ada semenjak dari zaman Nabi Muhammad saw yang berkurun lamanya sehingga lah sekarang adalah kerana mereka mengambil ibrah daripada definisi tersebut. Sebentar lagi saya akan buktikan.

Sebelum saya buktikan, saya ingin timbulkan beberapa persoalan.

Kenapa Nabi Muhammad saw mengahwini Aisyah r.a. ketika Aisyah berumur 9 tahun? Adakah nabi gila 'sex' seperti apa yang didakwa oleh musuh-musuh Islam, jadi macam mana nak jawab.

Bagaimana sultan Al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel, sedangkan baginda baru berumur 21 tahun? Dan dilantik menjadi Sultan ketika berumur 19 tahun. Adakah disebabkan khalifah-khalifah sebelum zamannya yang lebih tua dan lebih berpengalaman darinya, mereka tidak layak untuk membuka kota tersebut.

Kenapa nabi menghantar Mus'ab Bin Umair sebagai duta pertama di dalam Islam, sedangkan beliau baru berumur 18 tahun. Adakah sahabat-sahabat besar yang lain tidak mampu untuk menggalas tugas penting tersebut.

kenapa guru Imam Syafei Rahimahullah membenarkan beliau menjadi mufti ketika berumur 17 tahun? Sedangkan pada waktu itu, kita baru hendak mengambil SPM. Mufti adalah Mujtahid pada zaman itu, semua permasalahan agama diserahkan kepadanya.

Bagaimana dua orang remaja berusia 15 tahun meminta kepada Rasulullah saw agar mengizinkan mereka ikut serta dalam peperangan Uhud. Akhirnya, Rasulullah membenarkan mereka ikut serta. Agak-agak masa itu, kita tengah tumpu perhatian dalam aktiviti apa?

Bagaimana Imam Nawawi Rahimahullah dapat mengarang beratus-ratus buah kitab, sedangkan umurnya sangat-sangat singkat berbanding umur ulama-ulama lain.

Khalifah Umar Abd Aziz menjadi Gabenor Madinah pada usia 24 tahun. Cita-citanya bermula bila? Anda agak lah sendiri.

Kenapa saya timbulkan persoalan-persoalan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana persoalan2 ini sangat berkait rapat dengan maksud definisi yang saya telah berikan sebentar tadi, sejurus ia adalah di antara bukti-bukti yang telah terbuku di dalam sejarah sekian lama. Sedar tidak sedar bahawa kejayaan yang besar dapat diraih dengan menterjemahkan definisi tersebut dalam sistem kehidupan anda. Jadi, saya tidak mahu berfalsafah sehingga ke awan, cukup sekadar mengambil ibrah dari perkara atau contoh yang sudah berlaku. Setuju?

Insyaallah, sudah tiba masanya untuk menjawab soalan-soalan di atas. Jadi, saya harap kita sama-sama dapat memberikan perhatian yang serius terhadapnya. Jawapan ini berdasarkan skema yang ada pada saya. Untuk soalan yang pertama,


1.     Cuba kita tanya ibu pada ayah kita atau ibu kepada nenek kita, kita tidak payah pergi jauh-jauh sampai ke bulan. Tanya pada mereka pada umur berapakah mereka berkahwin. Nenek kawan saya berkahwin pada umur 11 tahun, ada yang umur 12 tahun, percaya atau tidak? Adakah Datuk kawan saya ini gila 'sex' seperti apa yang didakwa oleh pihak yang membenci Rasulullah saw tadi, sungguh! tuduhan yang tidak berasas. Kita hanya pergi ke beberapa puluh tahun ke belakang, kita sudah mendapat buktinya. Memang musuh-musuh islam gembar-gemburkan perkara tersebut kerana mereka sekarang sudah berada pada tahap yang paling kritikal, cuba kita lihat di Eropah, berapa ramai remajanya yang sudah hancur. Tidak perlu saya bagi contoh, kerana sudah banyak terpampang dalam media massa, tidak kurang juga di Malaysia tanah air ku. Jadi, sudah pasti, mereka sudah matang pada waktu itu, boleh pergi ke sawah bekerja pada usia yang sangat muda, boleh memasak, buat kerja rumah dengan baik, memikirkan masa hadapan dengan teratur. Cuba tanya mereka pasti akan ada buktinya, saya sudah tanya pada mereka.
2.     Sultan Al-Fateh sudah mengikuti ayahnya bermesyuarat di istana bersama-sama dengan pembesar yang lain ketika baginda berusia sama seperti usia kita pergi ke tadika. Sahabat-sahabat bayangkan, jika saban hari, saban bulan dan saban tahun berada di situ, sudah pasti baginda seorang yang pakar dalam ilmu pentadbiran politik, pakar dalam ilmu peperangan serta hal ehwal negara. Walaupun pakar dalam hal ehwal negara, tetapi baginda sangat matang dalam mengendalikan nya (Ada tak dia tanya pada ibunya masa dilantik menjadi pemimpin yang sangat adil pada umurnya 19 tahun, dia kata tak nak jadi pemimpin lagi, tak matured lagi ngomelnya, agak-agak ada tak dia beri jawapan macam itu). Agak-agak pada usia itu lah, kita tengah buat apa, kita cuba renungkan.
3.     Mus'ab Bin Umair adalah pemuda yang paling kacak, paling kaya, paling terpengaruh di antara para pemuda yang se-usianya. Pernah diceritakan mengenai kekacakan yang ada pada Mus'ab, beliau memberi tahu pada sahabatnya bahawa beliau tidak tahan lagi dengan kekacakan beliau, sebab ramai orang perempuan yang ingin mendekatinya, jadi sahabatnya nasihat agar dia membotakkan kepala. Seusai dari membotakkan kepala, lagi ramai orang yang mendekati beliau. Itu hanya seringan, maksud yang saya ingin sampaikan adalah bagaimana beliau dapat meninggalkan kesemua kekayaan tersebut kerana Islam, sudah pasti beliau sangat matang iaitu melihat apa yang ada pada masa hadapan yang lebih kekal iaitu syurga. Agak-agak pengorbanan  besar apa yang kita sudah lakukan.
4.     Seperti mana yang kita sudah maklumi bahawa mazhab yang kita pegangi di malaysia adalah mazhab syafi'iah. Jadi, mestilah pengasasnya adalah seorang yang sangat hebat. Beliau sudah dianggap mujtahid ketika berumur 17 tahun. Taraf mujtahid bukanlah sembarangan orang untuk mendapat gelaran tersebut, kerana kreterianya yang sangat sukar dan susah. Buktinya, di zaman sekarang ini susah sangat hendak mencari orang yang bergelar mujtahid, kalau ada mungkin hanya ada dua atau  tiga orang sahaja. Mujtahid perlu mendalami setiap cabang ilmu syariah dengan sempurna. Jikalau Imam Syafie tidak matang pada usia seperti itu, maka beliau sudah pasti tidak dapat digelar dengan gelaran mujtahid.
5.     Mesti ramai daripada kita yang mengenali kedua remaja tersebut, seorang bernama Rafi' bin Khudaij dan seorang lagi bernama Samurah bin Jundab. Mereka ikut serta dalam peperangan yang besar iaitu peperangan Uhud. Pada mulanya, Rasulullah tidak membenarkan mereka ikut serta, tetapi disebabkan kematangan yang ada pada kedua-dua orang remaja tersebut, maka nabi membenarkan mereka pergi. Mereka menjadikan syurga sebagai matlamat, maka dengan mudah Allah swt permudahkan urusan mereka. Inilah generasi al-Quran, generasi matang yang keluar dari madrasah tarbiyah Rasulullah saw.

Itulah serba sedikit soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang saya sempat selitkan pada penulisan kali ini. Berdasarkan bukti-bukti sejarah ini, sudah pasti kematangan adalah pendorong utama dalam menghadapi sebuah kejayaan.

Kadang-kadang saya sedih melihat remaja2 dan pemuda2 hari ini, matlamat mereka tidak jelas. Kebanyakan matlamat mereka terhad kepada hal keduniaan, sedangkan hal keduniaan tidak menjamin kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak. Tidak matang dalam membuat sebarang keputusan dan terlalu terikut-ikut dengan budaya yang negatif. Akhirnya, mereka hidup sambil lewa tanpa ada satu pun matlamat yang jelas.

Satu pendekatan yang boleh saya beri ialah, banyak daripada kalangan kita sudah menghadapi peperiksaan yang besar betul, untuk cemerlang kita perlu letakkan target, sama ada semua A atau pun sebaliknya. Maka kita akan berusaha untuk merealisasikan matlamat tersebut dengan bersusah payah, ada yang sampai tidak tidur malam, ada yang kehidupannya bertukar kepada 180 darjah bila masa exam, ada yang tidak lalu makan dan sebagainya. Begitu juga dengan perkara kehidupan, rancang dengan bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan apa yang terbaik buat masa hadapan anda.

Bagaimana jika kita tidak meletakkan garis matlamat, maka kita akan mudah terpengaruh dengan hal sekeliling akibat tidak ada komitmen yang jelas dalam kehidupan. Kalau orang ke barat, ke barat lah kita, kalau orang ke timur, ke timur lah kita, tiada pendirian.

Akibatnya, kita suka berseronok-seronok, suka membuang masa, suka melepak dengan kawan-kawan, suka membuat perkara yang sia-sia sampai membahayakan nyawa, serta banyak lagi contoh-contoh yang lain. Ini adalah hasil daripada tiadanya komitmen yang jelas dalam kehidupan.


Kesimpulan.

Ayuh sahabat-sahabat, kita sama-sama tukar mentaliti bahawa tidak kira berapa umur kita, kita berusaha untuk matang (berdasarkan definisi yang saya telah berikan sebentar tadi). Memang perkara ini terlalu sukar dan susah, kerana masyarakat kebanyakannya pada hari ini sudah tidak matang, bayangkan orang yang umur 40 tahun pun masih gagal mencari identiti dirinya sendiri. Jadi, apabila kita berubah ke arah proses kematangan, pasti akan ada bisikan-bisikan liar yang akan datang dari arah yang berbeza-beza, maka kita perlu sabar dan tabah.

Contohnya, mengenai perkembangan politik semasa, saya rasa yang saya tengah baca sebuah komik yang sepatut pembacanya adalah tahap budak-budak tadika. Memang agak pedas, tapi ini realitinya. Bayangkan jika orang yang matang berada dalam kandang politik.

Contoh lain, kita berbual dengan salah seorang sahabat, “aku nak buat perancangan yang rapi mengenai perkahwinan aku lah, apa pandangan kamu” maka jawab kawannya yang tidak matang, “alah lambat lagi, buat apa lah ko nak sibuk-sibuk memikirkan hal tu” Sedangkan dia tidak sedar bahawa penceraian yang saban hari berlaku pada hari ini adalah disebabkan perancangan yang tidak rapi dan tidak mengikut kaedah syariat.

Contoh lain lagi, “aku rasa nak study kat library lah hari ini, eh elleh skemanya ko ni” mesti berbisa bila dengar macam itu kan.


Saya suka dengan kata-kata motivasi dari seorang tokoh yang terkenal iaitu Al-Mutanabbi, beliau mengatakan, “ Manusia dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Kebesaran jiwa mereka yang menentukan karya mereka memang besar. Di mata-mata orang kerdil, masalah-masalah kecil menjadi besar. Bagi yang berjiwa besar, masalah besar terlihat kecil”.

Sabar dan berusaha dalam menghadapi matang, itulah rahsia kejayaan abadi. Selamat menjadi orang yang luar biasa.


Kesimpulannya mudah, cepat menetapkan cita-cita, cepat bertindak, cepat berjaya.

Lawannya pula,

Lambat menetapkan cita-cita, lambat dan malas bertindak, lambat berjaya!

4 comments:

Norashikin Abdullah said...

suka style penulisan yg baru ni.. :) best2..artikel ni mntap.. thumbs up

Fathullah Al-Haq said...

Semoga beroleh redha Allah selalu :)

Anonymous said...

great article.

BelOg cik s.n.L said...

wlaupn entry ni pnjng, tpi sbb tjuk dia best, berjya dihbiskn bcaan.. -,-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger