Bibit-bibit kejatuhan Umat Islam akibat salah memilih pemimpin.



Sebelum 1400 tahun yang lalu, bangsa arab tidak dikenali oleh mana-mana bangsa besar dunia selama beberapa abad. Mereka terlalu terkebelakang dan tidak bertamadun dalam setiap sudut sistem kehidupan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan pelbagai lagi. Berkat ketaatan kepada islam, mereka menjadi bangsa yang digeruni dan sangat dihormati oleh dunia.

"Nabi Muhammad lahir di daerah terkebelakang dunia. Namun hanya dalam masa sekelumit abad, selama 23 tahun sahaja, baginda mengubah sepertiga peta dunia. Muhammad adalah orang pertama dalam sejarah, berkat kekuatan imannya kepada Tuhannya, memimpin pasukan Arab yang kerdil jumlahnya melakukan penaklukan yang menyebabkan sejarah tercengang melihatnya. Di Timur, kerajaan parsi yang luas tumbang dibawahnya. Di barat, Rom Byzantine kuasa terkuat dunia tunduk di bawah tapak kakinya. Penggantikannya pula menyapu bersih Afrika Utara sehingga Lautan Atlantik. Dari selat Gibraltar sehingga ke Visigot di Sepanyol." ~ Michael H. Hart


Sejarah dan fakta tidak pernah menipu mata-mata dan hati-hati yang celik, pemimpin yang baik dan adil pasti akan membawa impak yang sangat besar terhadap apa yang dipimpinnya. Namun demikian, apabila bangsa Arab mula terlena dengan muzik, tari menari, hiburan yang melampau, pertunjukan tengah malam dan pelbagai lagi, akhirnya Allah menyerahkan panji kepimpinan dunia kepada bangsa Kurdish dengan tokoh besarnya Nuruddin Zinki dan Salahuddin Al-Ayyubi.


Apabila bangsa Kurdish berpaling daripada islam, mereka lalai di dalam menjalankan amanah, maka Allah 
menyerahkan tampuk kepimpinan islam kepada bangsa Saljuk dengan tokohnya Alp Arslan (1029 sehingga 1072 Masihi) yang memalukan 200,000 tentera Byzantine dengan hanya 20,000 tenteranya. Bangsa Saljuk kemudian menyerahkan kepimpinan kepada Usmaniyah dan pemimpin besarnya seperti Muhammad Al-fateh dan Sulaiman Al-qanuni, yang kekuasaannya pada masa itu mencengkam kuat di daratan Eropah.

Usmaniyah bertahan hampir 6 abad lamanya memayungi dunia sehingga ditakuti negara-negara Eropah yang kini memerintah dunia. Syeikh Abul Hassan Ali Al-hasani An-nadwi dalam bukunya, "Kerugian Dunia kerana Kemunduran Umat Islam" menggambarkan kehebatan Usmaniyah dengan menyebut,


"Usmaniah selalu menggunakan meriam-meriam dan senjata termoden pada masa itu. Mereka mempunyai keunggulan tersendiri dalam bidang persenjataan dan militari. Dapat dikatakan Negara ini menjadi pelapor bagi eropah dalam bidang persenjataan dan militari pada masa itu. Mereka meluaskan kekuasaannya di tiga benua sekaligus, iaitu Asia, Afrika, dan Eropah. Seluruh dunia Islam mulai dari Parsi sehingga ke maghribi, semuanya di bawah kekuasaan mereka. Kemudian mereka melebarkan sayapnya sehingga ke Asia kecil, ke Eropah sehingga ke batas tembok Wina. Mereka berkuasa penuh di seluruh lautan Tengah. Lautan Tengah dinamakan laut Usmaniah.

Kerajaan Usmaniah mendirikan armada besar di sekitarnya sehingga bangsa Eropah yang berada di laut Tengah seperti kerajaan katholik Roma, kerajaan vanesia (Itali), kerajaan Sepanyol, Portugal dan Kerajaan Malta, semuanya bersatu pada 1547 Masihi bagi menyingkirkan armada Usmaniah dari Laut Tengah. Usaha mereka tidak berhasil walaupun jumlah mereka jauh lebih besar. Sulaiman al-Qanuni, Sultan Usmaniah teragung berhasil memperkuat kekuasaan Usmaniah di lautan dan daratan, material mahupun spiritual."


Begitulah undang-undang peradaban yang bernama Sunnatullah. Ia menetapkan setiap yang bangun pasti runtuh apabila tampak tanda-tandanya. Ketika sultan-sultan Usmaniah dan para penguasanya tergelincir jauh daripada syariat Allah dan Rasulnya, Khalifah Usmaniah yang terbentang luas dari India sehingga ke wilayah Balkan di Eropah dan wilayah Afrika Utara makin hari semakin bercerai-berai. Negara yang dahulunya patuh kepada Usmaniah iaitu Austria akhirnya dengan kerjasama Eropah menjadi Negara pertama membebaskan diri daripada Usmaniah. Usmaniah menjadi The Sick Man yang kemudiannya jatuh secara rasmi pada 1924 Masihi.


Kini, kepimpinan dunia berpindah ke tangan pakatan perosak iaitu Yahudi Laknatullah dan Kristian antarabangsa. Para pengkaji teori konspirasi yang boleh dipercayai mendedahkan bagaimana pergolakan politik dunia bagi merebut tampuk kekuasaan dunia sejak Perang Dunia Pertama yang disusun oleh segelintir 300 pakar-pakar elit dalam gerakan rahsia Yahudi Antarabangsa.

Khalifah Umar Al-Khattab pernah mengungkapkan kata-kata bahawa "Kebatilan yang dirancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun." Begitulah kebenaran kata-kata dari seorang Khalifah Islam.

Intelektual islam dari Algeria, Malik bin Nabi menyebut dalam risalahnya, Syuruth Al-Nahdhah mengenai perjalanan hukum alam ini:

"Melalui roh, peradaban menjadi peradaban yang bersih dan tidak dikotori. Pada masa ini peradaban berada pada tahap kemuncak yang sebenar. Pada tahap kedua, peradaban mengalami penyebaran luas dan perkembangan hebat apabila pemain utamanya adalah akal. Peradaban yang dikendalikan akal mengalami adagen tarik tali yang  hebat antara roh dan hawa nafsu. Terjadinya tarik-menarik ini mengakibatkan peradaban saling bertentangan tanpa ada peningkatan nilai. Pada fasa selanjutnya, peradaban mengalami kehancuran apabila panglimanya adalah hawa nafsu. Pada titik ini peradaban dengan derasnya meluncur ke titik terbawah dan sangat menghinakan."


Ini adalah matematik sejarah. Jika 2+2 pasti jawapannya 4, maka tidak akan ada jawapan yang lain selain daripada itu. Allah berfirman dalam surah Yusof:

"Kisah nabi-nabi itu mendatangkan iktibar kepada orang yang mempunyai akal fikiran."

Lantaran itu, penulis terkenal Inggeris, Aldous Leonard Huxley menyebut,

"Lahirnya manusia yang tidak mengambil pengajaran serius daripada sejarah yang berlaku adalah sebesar-besar pengajaran daripada sejarah. Pengalaman bukan apa yang berlaku kepada kita tetapi pengalaman adalah apa yang kita lakukan kepada apa yang berlaku itu."


Kesimpulan

Khalifah Umar Al-khattab menegaskan hukum alam ini dengan katanya,
"Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah hanya dengan islam. Apabila kita mencari selain Islam sebagai cara hidup, bersedia menerima kehinaan daripada Allah."

Saya kira, kata-kata emas daripada Saidina Umar di atas telah memadai membawa kita kepada satu demensi hidup yang sangat tinggi dan sangat bernilai, ia berada tahap yang paling kemuncak. Jesteru saya ingin menyeru kepada semua sahabat-sahabat supaya pilihlah pemimpin yang terbaik, tidak kiralah pada peringkat mana sekalipun sama ada peringkat keluarga (pilihan suami yang baik atau sebaliknya) atau peringkat masyarakat (memilih pemimpin yang adil dan besar jiwanya) atau pun di peringkat Negara.

Haram hukumnya memilih pemimpin yang zalim. Allah swt telah berfirman:

"Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)". Ibrahim ayat 21.

2 comments:

Norashikin Abdullah said...

yeah..ade tokoh barat dan tokoh Islam..ini baru adil..betul3.. (macam kenal je ayat) :)

Fathullah Al-Haq said...

Semoga beroleh redha Allah :) mmg kenal sangt ayat tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger