(Tips sihat baginda s.a.w.) siri 1




Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan rahmatnya saya masih lagi diberi nikmat menarikan jari ini untuk menulis sedikit peringatan yang mungkin kita terlupa ataupun terleka.


Ia juga adalah peringatan kepada diri saya yang sangat fakir, daif, dan hina di sisi Allah s.w.t.


Sebelum saya ingin masuk kepada tajuk yang ingin dibicarakan, marilah kita memperbaharui niat agar semua tindak tanduk kita dirahmati oleh Allah s.w.t. hendaknya seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud '' Sesungguhnya segala perbuatan amal itu bermula dengan niat " Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim. Di antara beza ibadat dan adat adalah niat.


kita hendaklah sentiasa memperbaharui niat agar semua aktiviti kita seharian adalah ibadah dan diterima oleh Allah s.wt.

Jom kita pergi pula kepada tajuk perbincangan kita iaitu "Tips Sihat Baginda s.a.w ". Ia mungkinlah tajuk yang mudah pada sangkaan sesetengah daripada kita ataupun ada juga yang tidak pandang langsung dengan perkara ini. Oleh sebab sangkaan itulah, orang islam kebanyakannya lemah dari sifat dalaman dan luaran. Seperti contohnya ialah tidak menjaga kebersihan, selalu ada penyakit hati, berlebihan dalam tidur, makan terlalu banyak, sering marah, dan pelbagai lagi perkara yang seangkatan dengannya. Maka, kita tidak hairanlah jika umat islam masa kini sering dituduh umat yang lembap dan mundur.

Sebelum perkara ini menjadi semakin parah, ayuh saya ingin mengajak sahabat semua melihat balik ke belakang iaitu semasa zaman kegemilangan dan kehebatan sejarah umat islam terdahulu. Mereka semuanya belajar dan mengikut tingkah laku daripada ketua manusia yang sangat dikagumi iaitu baginda s.a.w. sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 22 yang bermaksud '' Sungguh! Telah ada di dalam diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik".


Ayat di atas ini tidaklah bermaksud bahawa baginda s.a.w. menjadi contoh tauladan ketika diangkat menjadi utusan Allah, bahkan baginda s.a.w. sudah diiktiraf untuk dijadikan contoh teladan oleh semua manusia sebelum menjadi utusan Allah lagi sebagaimana di dalam buku Fiqh Sirah Nabawiyah oleh Dr Muhammad Said Ramadhan Al-buti ada menyebut bahawa di antara sifat baginda sebelum menjadi utusan Allah ialah suka menyambung silaturahim, suka membantu orang yang susah, suka memuliakan tetamu, dan membela orang yang berdiri di atas kebenaran.


Baginda s.a.w juga ada bersabda " Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah " hadis riwayat Muslim.

Di antara tips sihat baginda s.a.w yang kita sering terlupa ialah selalu bangun sebelum subuh. Baginda s.a.w. sering mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh seperti melakukan solat sunat, solat subuh berjemaah, belajar, dan pelbagai lagi boleh dilakukan. Hal ini sebenarnya dapat memberi sejuta macam kebaikan kepada perilakunya seperti dapat banyak ganjaran daripada Allah, kesegaran waktu subuh, terapi penyakit TB, memperkuatkan fikiran, penenang perasaan, dan pelbagai lagi.

Insyaallah saya akan menulis lagi untuk sambungan siri yang akan datang.

3 comments:

Notfah said...

assalamualaikum. maaf mengganggu.. maaflah sebab asyik hantar mesej yang sama saja.. disebabkan keterdesakan masa, dan keterdesakan maklumatnya, saya terpaksa menggangu hidup awak yang tenang..maaf..maaf.. saya nak tanya sikit boleh?? sebenarnya..saya nak minta tolong dari awak.. em..awak belajar kat jordan kan?? ke tak?? sebenarnya macam ni, saya ada buat tesis mengenai doktor solah abdul fattah al-khalidi, dan saya memerlukan biografi penuhnya.. serta serba sedikit mengenai sifat fizikal dan mengenai nasab keturunannya. saya benar2 tak tahu macam mana untuk mengetahui tentangnya secara detail sebab tesis ni memang amat memerlukan butiran2 yang mendalam mengenai beliau.. disebabkan kerana beliau menetap dijordan dan mengajar di sana, sebab itu saya ingin meminta bantuan awak. kalau2 awak kenal dengan doktor solah.. tapi, andai kata awak tak kenal dengan beliau, tak apalah.. tapi, kalau awak ada apa2 information pasal beliau, boleh tak e-melkan kepada saya?(not_90@yahoo.com) tapi, kalau tak ada pun, e-mel lah saya..sekurang2nya, saya tahu jawapannya..terima kasih yea..

fathullah al-haq said...

wasalam.. minta maaf sbb lambat reply, sy baru hbs exam.. berkenaan dengn syekh solah tu, saya tidak tahu tntg biodata beliau.. awak dah cube cari di internet tulisan arab ke??

Notfah said...

dah..dapat sedikit saja..tak cukup untuk tesis tersebut. saya ingatkan, nak tanya orang2 yang kenal beliau. nak tau tentang sifat fizikal beliau, tentang keluarga beliau. tapi, tak ada respon dari orang2 tersebut. ada pun, sedikit sahaja..huhu.. disebabkan doktor solah tinggal dijordan dan mengajar di sana, saya ingat nak tanyakan kenalan di sana. tapi, saya tak ada kenalan di jordan..melainkan awak saja yang saya kenal.. disebabkan doktor solah merupakan mufassir terkini, tak ada dibukukan biodata mengenainya didalam buku.bahkan, doktor solah sendiri membukukan biodata mufassir terkini yang lain.. sebab tu saya nak minta tolong dari awak. kalau2 awak ada berjumpa doktor solah, boleh tolong mintakan serba banyak biodata mengenainya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger