Nota ringkas usrah tentang teguran Allah swt kepada baginda saw dan para pendakwah.







Usrah Halaqoh kali ini diadakan di rumah saudara Amin pada 22.8.2010 selepas waktu maghrib.

Insyaallah, Usrah Halaqoh kali ini akan membicarakan atau membincangkan dengan pembaca semua tentang sebuah tafsir yang ringkas mengenai teguran Allah swt kepada baginda saw, teguran ini bukanlah bermaksud bahawa pada diri baginda saw adalah seorang yang membuat dosa, malah kita juga perlu membuang persepsi tersebut jauh-jauh daripada diri kita.
Hal ini kerana apabila umat islam tidak didedahkan dengan kebenaran ilmu yang sebenar, maka sudah tentu pihak kuffar dan munafik akan sentiasa mencari keburukan yang ada pada diri baginda saw supaya dapat menjatuhkan agama  islam dan juga membesarkan kekeliruan kepercayaan umat islam, akan tetapi ia adalah suatu teguran daripada Allah swt agar menjadi platform kepada seluruh umat islam agar sentiasa membetulkan tatacara dan akhlak dalam berdakwah, sekali gus menjadikan baginda saw sebagai wasilahnya.
Sebelum saya ingin berbicara panjang mengenai pentafsiran pendek surah ini, saya berharap agar semua pembaca sudi menghadirkan niat yang ikhlas dan membawa naskhah al-quran bersama, supaya kita dapat bersama-sama menyemaknya sehingga akhir perbincangan. Saya berharap agar pengisian kita ini menjadi suatu ibadah yang diterima oleh Allah swt hendaknya dan dapat menjadi saham kita di akhirat kelak.

Sila buka al-quran pada muka surat 585, surah ke-80 'Abasa.
Mungkin lebih afdhal jika kita membacanya terlebih dahulu. Seterusnya kepada pentafsirannya insya-Allah.  Surah ini terdapat empat bahagian ataupun kategori, ia amat menarik jika kita memahaminya dengan baik.

Pentafsiran bahagian pertama ialah daripada ayat yg pertama sehingga ayat ke-16 :
Bahagian pertama surah ini memperkatakan salah satu peristiwa yang berlaku di dalam sirah dakwah baginda saw, iaitu semasa baginda sedang sibuk melayani rombongan pembesar-pembesar Qurays untuk menyeru mereka kepada ajaran islam, tiba-tiba baginda saw ditemui oleh seorang buta dan miskin, beliau ialah Abdullah Ibn Ummu Maktum. Beliau tidak mengetahui bahawa baginda saw sedang duduk melayani rombongan pembesar Qurays. Beliau terus meminta baginda saw agar mengajarkannya apa yang telah diwahyukan oleh Allah swt kepadanya. Ini membuatkan baginda saw tidak senang hati dan memalingkan mukanya, lalu turunlah ayat al-quran dengan permulaan surah iaitu menegur baginda saw dengan teguran yang amat tegas dan keras, serta menjelaskan hakikat sebuah kehidupan muslim di samping memberitahu hakikat sifat dakwah di dalam islam.


Pentafsiran bahagian kedua ialah daripada ayat yang ke-17 sehingga ke-23 :

Bahagian kedua pula Allah swt menyebut pula tentang keingkaran dan kekufuran manusia yang ingkar terhadap suruhan-Nya. Ia mengingatkan manusia tentang asal-usul kejadiannya dan bagaimana Allah swt memberi kepada manusia kemudahan untuk memilih jalan kebenaran. Selain itu, bahagian ini juga menerangkan tentang bagaimana proses kematian dan kebangkitan manusia.

Pentafsiran bahagian ketiga ialah daripada ayat yang ke-24 sehingga ke-32 :

Bahagian ketiga Allah swt menarik hati manusia agar memerhatikan bahan-bahan yang penting bagi kehidupan manusia seperti penciptaan makanan yang lazat-lazat lagi berkhasiat utk kehidupan manusia dan haiwan-haiwan ternakan. Bahagian ini juga menerangkan bagaimana Allah swt mengatur sistem pentadbiran dan proses penciptaan makanan.


Pentafsiran bahagian akhir ialah daripada ayat yang ke-33 sehingga ke-42 :
Ayat-ayat bahagian terakhir daripada surah ini menerangkan ciri-ciri hari kiamat dan mengisahkan huru-haranya suasana hari tersebut. Ia juga menceritakan bagaimana pengakhiran kehidupan bagi golongan manusia yang taat kepada Allah swt dan golongan manusia yang ingkar kepada suruhan Allah swt.

KESIMPULAN

         ·            Umat islam perlu memperdalamkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan tafsir agar dapat menjaga keharmonian agama islam daripada dicerobohi oleh para orientalis.
         ·            Para pendakwah perlu meningkatkan kemahiran ' soft skill ' dalam berdakwah agar lebih berkesan dan sesuai.
         ·            Beriktiqod bahawa baginda saw bersih daripada sebarang dosa, ia hanyalah teguran kepada semua pendakwah dan wasilahnya adalah baginda saw sendiri sebagai penghulu dakwah.
         ·            Menolak dakwaan orientalis bahawa manusia diciptakan daripada proses revolusi.
         ·            Yakin bahawa hari kiamat pasti akan berlaku.
         ·            Selalu meminta ampun kepada Allah saw kerana manusia tidak terlepas daripada sebarang kesilapan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger