Pengumuman penting kepada sahabat-sahabat yg dikasihi!!!

Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa tarikh perkahwinan saya akan berlangsung pada....

hmm.. "Fath, awak dah silap baca skrip ni"

"yeke.. Err, ok2.. terima kasih" sambil membuat muka toye (macam mana ye nak buat muka tu)

yang sebenarnya

Saya ingin maklumkan bahawa fikrahhalaqoh.blogspot.com sudah berpindah ke page http://fikrahhalaqah.com/

diharap para sahabat dapat mendoakan saya agar terus tsabat berada di dalam arena dakwah ini demi islam. pis!

Kelebihan Orang Yang Menghafal Al-quran


“Fath, anta nak tak masuk Maahad Tahfiz?” Tanya seorang rakan baik yang sedang belajar di Tahfiz.

“Maahad tahfiz tu macam mana belajarnya” Tanya ku spontan.

“Macam biasalah, hafal al-quran, belajar feqah, belajar tauhid dan lain-lain lagi” jawab dia selamber.

“Banyak kelebihan tau orang hafal al-Quran ni” tambahnya lagi.

Uish bestnya, mataku seakan-akan keluar segala jenis bintang2 yang bersinar pada masa itu, macam hendak ikut program skim cepat kaya sahaja lagaknya.


Teringat perbualan di atas dahulu ketika sedang menunggu keputusan UPSR, akibat degil cakap Umi, terus setahun tidak dapat apa-apa duduk di Tahfiz. Umiku berharap agar aku masuk ke asrama penuh. Alhamdulillah, banyaknya hikmah yang tersembunyi.

Berusahalah, mengisi borang sendiri dan persiapan temuduga sendiri di samping memujuk ayah yang baik hati agar menghantar aku ke temuduga Maahad Tahfiz. Begitulah serba sedikit kisah aku dahulu.


Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi mengenai kelebihan orang yang menghafal Al-quran. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Al-quran adalah kitab suci yang perlu kita jaganya sehingga hari kiamat di samping isinya yang sangat bermukjizat sehingga tiada seorang pun dari kalangan manusia yang dapat menandinginya. Isi kandungannya dapat menyelesaikan setiap masalah kehidupan yang ada di dunia ini bagi sesiapa yang ingin mengambil pengajaran dan pelajaran daripadanya.

Di dalam al-quran Allah telah berjanji bahawa dia akan menjaga Al-quran sehingga hari kiamat. Allah menjaganya dari hilang dengan meletakkannya di dalam hati-hati orang yang menghafal al-quran, sebab itulah Allah memudahkan manusia untuk menghafalnya di samping jumlah ayatnya yang tidak terlalu banyak dan tidaklah terlalu sedikit. Kalau kita menghafal buku ekonomi semuka, agak-agak berapa lama tempohnya, dah la boring bak kata kawan saya.


Berbeza dengan Al-quran, kita terasa mudah dan seronok untuk menghafalnya, terasa tenang kerana ia dibaca dengan berlagu. Subhanallah, kehebatan al-quran yang tiada tandingannya. Saya hafal al-quran dahulu di tahfiz, semuka hanya 15 minit. Mudah dan cepatkan. Sebab itulah saya berani cakap bahawa al-quran sangat-sangat istimewa.


Allah bukan sahaja menurunkan al-quran semata-mata untuk dihafal di samping ia menjadi kitab rujukan manusia, bahkan Allah telah menyediakan ganjaran yang sangat banyak kepada orang yang menghafalnya sama ada di dunia dan di akhirat. Ada pernah dengar orang yang menghafal al-quran mati kelaparan? Ada pernah dengar orang yang menghafal al-quran minta sedeqah? Kalau ada buktikan pada saya. Saya jamin tidak akan ada. Kalau ada pun mungkin dia menghafal al-quran tetapi akhlaknya bukan dari akhlak al-quran.


Selain itu juga, orang yang menghafaz al-quran ini sangat mudah untuk menguasai  ilmu yang dipelajarinya. Saya telah lihat banyak buktinya daripada beberapa orang sahabat saya yang menghafal al-quran. Mereka memasuki tahfiz selama beberapa tahun pada awalnya, di situ mereka langsung tidak diberi pendedahan mengenai subjek akademik seperti di sekolah-sekolah yang lain yang setiap harinya belajar akademik. Tetapi apabila tahun itu adalah tahun untuk mereka mengambil SPM, mereka belajar sendiri atau pun menumpang ke sekolah-sekolah agama dan sekolah harian biasa selama setahun dua lebih kurang.

Apabila keputusan keluar sahaja, keputusan mereka amat-amat lah cemerlang berbanding pelajar-pelajar sekolah harian biasa yang setiap harinya adalah menghadap buku akademik semenjak dari tingkatan 1, ada yang dapat keputusan 10 A, ada yang dapat 9 A dan sebagainya. Junior saya mendapat 8 A baru-baru ini dan dia pun hendak belajar ke Jordan. Best kan al-quran tu.



“Ustaz, kami cemburulah dengan pelajar-pelajar tahfiz, kami pun hendak hafal al-quran, tapi tidak berkesempatan”  beberapa orang remaja mengadu.

“Allah swt itu maha adil wahai saudaraku. Dia tetap akan memberi kebaikan pada siapa yang dikehendakinya. Kalau kita selalu membaca al-quran, beramal dengan isi kandungan al-quran, berakhlak dengan isi kandungan al-quran, istiqomah hafal sedikit demi sedikit. Insyaallah, pada hari kiamat nanti kamu pun akan dibangkitkan sebagai orang yang ahli al-quran juga sekaligus mendapat syafaat dari al-quran” jawab ku tenang.


Saya selitkan beberapa kelebihan orang yang menghafal al-Quran mengikut al-Quran dan As-sunnah.

Pertama : Ganjaran di dunia.

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)


4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, "Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring." Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kedua : Ganjaran di akhirat


1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)


2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

 Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".
(Hadis Riwayat Tarmizi)


Kesimpulan

Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Pelbagai kajian dilakukan daripada dahulu sampai sekarang, berapa banyak rahsia-rahsianya telah dicungkil keluar. Kajian terhadapnya tidak akan habis sampai bila-bila. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai pun manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan. Tambahan pula orang yang menghafal dan membacanya selalu, maka bertambah-tambahlah keberkatan al-Quran di dalam kehidupannya dan kehidupan orang yang dekat dengannya.


Jangan khuatir, jika kita tidak menghafal al-Quran, boleh jadi suami kita nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau isteri kita, atau anak-anak kita, atau cucu-cucu kita kelak. Cuma, kita jangan putus asa berdoa kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu cara hidup.

Sebab itu janji Allah swt.

Hukum berikhtilat mengikut pandangan ulama' kontemporari dan kaedah usul.


Ustaz, apakah hukum berikhtilat di antara lelaki dan perempuan” tanya seseorang.

Saya tidak terus menjawab, saya bertanya pula. “Apa yang kamu faham mengenai masalah ikhtilat”.

Dia menjawab. “Err, berkawan di antara lelaki dan perempuan”.

Tambahnya lagi. “Saya ada baca di blog-blog dan di artikel-artikel, terlalu banyak hal yang mengelirukan, ada yang kata haram terus, ada yang kata boleh”.

Saya menjawab. “Insyaallah saya akan terangkan masalah hukum tersebut, jadi selepas ini kamu perlu berhati-hati ketika mengambil hukum atau kefahaman islam melalui wasilah itu, boleh tanya kepada orang yang lebih ahli mengenai sesuatu bab atau membaca artikel2 mereka di samping memperbanyakkan bacaan bahan agama”.

Baru-baru ini saya telah ditanya mengenai masalah ikhtilat di antara lelaki dan perempuan berdasarkan syariat islam. Ikhtilat mempunyai makna yang sangat luas iaitu umum, membawa maksud pencampuran lelaki dan perempuan, contohnya seperti belajar di dalam kelas, perempuan berada di belakang, manakala lelaki berada di hadapan, atau pun contoh lain ketika berada di dalam masjid, solat berjemaah bersama-sama, atau pun bekerja sama dalam sesuatu organisasi atau persatuan, semua itu dikategorikan sebagai ikhtilat. Saya hanya hendak khusus kan di sini ialah ikhtilat dalam konteks berkawan. Adakah ia dibenarkan atau pun sebaliknya?


Dalam hal ini, saya tidaklah terus terburu-buru untuk menjawab soalannya, bahkan saya rasa bertanggungjawab untuk bertanya terlebih dahulu kepada Dr2 yang lebih pakar mengenai hal ini, untuk mencari kepastian, supaya lebih yakin dan selamat.

Saya juga telah mencari fatwa2 ulama Mu’assirin(kontemporari) mengenai masalah ini, ada yang mengatakan ianya haram dan ada juga mengatakan ianya harus. Ada ulama’ yang memfatwakan bahawa hukum ikhtilat haram secara mutlak kecuali jika ada niat dan azam untuk menikahinya, iaitu bertunang. Bagi saya, pendapat ini terlalu syadid dan tidak menepati kaedah syara’ dan usul.

Ada juga ulama’ yang mengharuskan ikhtilat di antara lelaki dan perempuan tetapi berdasarkan syarat-syaratnya, antara ulama’ yang mengharuskan ikhtilat ialah Syeikh Allamah Dr Yusof Al-Qordhawi, dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau dalam hal ini berdasarkan kaedah Usul dan kaedah-kaedah fiqhiyyah.

Pemilihan ini tidaklah berdasarkan ilmu cetek yang ada pada saya sahaja, bahkan baru-baru ini saya telah meminta pendapat dari Dr Jamiah Universiti Yarmouk sendiri, fatwa manakah yang lebih menepati kaedah Syara’, maka Dr mencadangkan agar saya mengambil fatwa Dr Yusof Al-Qordhawi mengenai perkara ini sambil memujinya dengan pujian yang sangat layak kepada ilmuan dan mujtahid sepertinya.


Kadang-kadang saya sedih dengan sesetengah blogger-blogger yang tidak jujur dengan ilmu islam, mereka menulis hanya mengikut pendapat peribadi mereka tanpa menguasai perkara usul di dalam agama. Berlebih-lebihan dalam meletakkan hukum, itu haram dan ini haram sampai membawa fitnah kepada agama, padahal agama islam sangat bertoleransi dengan perkara ini. Ada juga yang mengambil kaedah (Sadduz Zari’ah) dengan cara yang melampau dan tidak adil sampai menutup pintu-pintu itu dengan begitu rapat sekali. 

Mungkin niat mereka baik, tetapi jika tidak faham dengan kaedah yang sebenar, ia meletakkan umat islam agar lebih jauh dan jauh daripada hakikat kefahaman islam yang sebenar akibat pendapat yang tidak menepati kaedah Syara’. Berapa banyak artikel yang ada tidak menepati kaedah ilmu. Jika hendak menulis mengenai bab yang melibatkan islam dan hukumnya tidak salah, bahkan ianya sangat digalakkan, tetapi hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang lebih pakar mengenai sesuatu bab yang ingin dibincangkan. Saya sendiri pun tidak terlepas dari bertanya kepada mereka yang lebih pakar, walaupun saya sendiri dari pengajian sarjana muda syariah.

Agama islam adalah agama yang amat bertoleransi, jika kita hendak mengira perkara yang haram di dalam islam, mungkin tidak sampai beberapa jam, tetapi jika hendak mengira perkara yang halal di dalam islam, ianya begitu banyak, mungkin memakan masa sampai sehari atau lebih. Kadang-kadang ada orang yang baru hendak berjinak dengan islam atau pun yang baru hendak faham mengenai islam, mereka menganggap bahawa agama islam terlalu kolot, terlalu menekan dan mengongkong. Ini adalah salah fahaman yang sangat melampau terhadap agama islam. Islam adalah agama yang bersifat fitrah, peraturannya berdasarkan kejadian fitrah manusia.


Kita masuk balik kepada masalah yang hendak dibincangkan pada penulisan kali ini, kaedah telah menetapkan bahawa hukum asal bermu’amalah di antara manusia adalah harus kecuali ada nas-nas dari Al-quran atau Hadis yang mengharamkannya seperti riba, zina, mengumpat dan lain-lain, manakala hukum asal bagi semua jenis ibadat ialah haram, kecuali ada nas-nas dari Al-quran atau hadis yang membenarkannya seperti solat, puasa, pergi haji, zakat dan lain-lain. Berdasarkan kaedah ini, banyak ulama’ yang memfatwakan bahawa hukum ikhtilat adalah harus berserta dengan syarat-syaratnya. Di sini, saya hanya bagi satu contoh kaedah usul, sebenarnya masih ada banyak lagi kaedah yang ada di dalam ilmu usul, maka ia perlu di dalami dengan bersungguh-sungguh. Bukan mengambil bulat-bulat daripada kaedah ini, saya hanya bagi contoh sahaja supaya lebih nampak dan jelas tentang apa yang saya ingin perkatakan mengenai tajuk ini.


Ini ialah petikan ringkas fatwa Dr Yusof Al-Qordhawi

Pendapat ulama yang memfatwakan haram itu termasuk pendapat yang keras yang tidak berpijak kepada nas. Ia banyak menzalimi wanita dengan pelbagai fatwa yang keras dan ketat sehingga wanita terpenjara di rumah-rumah mereka.

Ada juga di sana pendapat kaum Liberal (Women’s lib) yang berlawanan dengan golongan fatwa yang mengharamkan itu, iaitu menyeru agar wanita meninggalkan syariat dan lepas bebas seperti kaum wanita di barat.

Pokoknya, kedua-dua golongan ini; golongan pertama, mereka yang terlalu mengongkong wanita, memenjara dan seakan menzalimi kaum wanita. Manakala golongan kedua pula, liberalis yang membebaskan wanita semaksimumnya dan menyebabkan berlakunya keruntuhan moral yang amat dahsyat sehingga tidak dapat dikawal lagi.

Islam merupakan agama yang sempurna dan tidak membebankan. Wanita sejak zaman permulaan islam tidak lepas bebas dan tidak pula hanya terpenjara di rumah sahaja. Bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dalam suasana terkawal saya ingin tegaskan) contohnya, pergi ke masjid untuk solat berjemaah, mencari ilmu, menolong jiran tetangga dan sebagainya.

Wanita juga keluar melakukan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar, menghadiri majlis ilmu, menyertai perang jihad, mencari rezeki atau berkerjaya, berpolitik, mendapatkan hiburan yang baik, menghadiri perayaan dan menyertai jemaah atau kumpulan yang membawa manfaat seperti Ikram atau Isma contohnya. Inilah maksud firman Allah swt:

“Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan itu, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran.” (At-tubah ayat 71)

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan serta liqa’ atau pertemuan untuk bekerjasama dalam perkara-perkara kebaikan, seperti menuntut ilmu, menjalankan program-program kebajikan dan jihad.


Perincian Dr Abdul Halim Abu Syuqqah (sahabat kepada Dr Yusof Al-Qordhawi)
  1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius.
  2. Menahan pandangan.
  3. Menghindari berjabat tangan.
  4. Mengenakan pakaian yang menepati kaedah Syara’. (Sungguh! Saya sangat benci melihat wanita islam yang berpakaian ketat dan bertudung singkat)
  5. Tidak bersesakan dan lebih elok jika ada jarak pemisahan.
  6. Menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat yang sunyi), namun boleh jika:
  1. Khulwah di kawasan awam yang ada ramai orang.
  2. Beberapa lelaki dan seorang perempuan.
  3. Seorang lelaki dan beberapa orang perempuan.
  1. Tidak terlalu lama dan berulang.
  2. Menghindari tempat yang mencurigakan.
  3. Menjauhi perbuatan maksiat dan dosa.

~ Dr Abdul Halim Abu Syuqqah meninggal pada tahun 1995. Beliau adalah sahabat karib Dr Yusof Al-Qordhawi di Universiti Qatar.


Kesimpulan

Pada pandangan saya, mengapa gejala sosial semakin melampau adalah disebabkan etika-etika ikhtilat tidak diletakkan pada tempat yang betul. Maka, kejahilan atau salah faham ini akan menyebabkan mereka salah dalam berikhtilat sehingga membawa kepada kemungkaran dan laknat Allah swt. Ikhtilat adalah perkara fitrah, ia memang perkara yang tidak boleh dielakkan kerana manusia hidup di dunia ini saling bantu-membantu antara satu sama lain. Jadi, ia memerlukan etika yang betul supaya manusia tidak jatuh kepada jurang kebinasaan.

Di sini, saya tidaklah berlapang dalam memberi hukum harus dalam berikhtilat, ia juga boleh jatuh hukum haram jika tidak mengikut syarat-syaratnya.

Ikhtilat dalam berkawan tidaklah sama dengan ikhtilat ketika bertunang, insya-Allah saya akan jelaskan pada tajuk khusus untuk penulisan yang akan datang.

Alangkah Seronoknya.


Alhamdulillah, hari ini aku rasa sangat seronok dan bahagia berada di University Yarmouk. Seperti hati ini berada di dalam syurga dunia. Alangkah seronoknya bila setiap hari begini.

Pada pukul 1 petang td, Universiti Yarmouk telah di ziarahi oleh salah seorang dari keturunan Rasulullah saw, beliau ialah Habib Omar bin Hafiz. Ketika menunggu beliau di dewan Tarbiyah tadi, terasa hati ini sangat berbunga-bunga kerana tidak sabar menunggu kehadirannya. Alhamdulillah, seusai menunggu selama beberapa minit, beliau pun sampai ke dewan serta ditemani oleh dekan syariah iaitu Dr Uqlah dan beberapa Dr2 yang lain.

Subhanallah, terasa terujanya melihat wajah beliau, kerana berkat keturunan Rasulullah saw barangkali. Hati ini terasa sngt sejuk hampir langsung lupa tentang masalah dunia yang sering melanda. Sebelum beliau memulakan tazkirah yang dipengerusikan sendiri oleh tuan dekan, Dr Uqlah telah menjemput Syeikh Makmun Asy-Syimali merangkap ketua Imam masjid Jamiah yarmouk membacakan bacaan Al-quran. Seusai dari pembacaan Al-quran, Dr Uqlah menjemput Habib Omar bin Hafiz utk memberikan tazkirah. Aku menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh ketika mendengarnya. Sekali lagi aku terkesima dengn kata-katanya yang sungguh lembut memikat hati ini, kalamnya dipenuhi dengn Al-quran dan Hadis nabi saw.

Antara pengisian tazkirah beliau ialah, bagaimana adab kita terhadap ilmu dan guru, kepentingan ilmu kepada umat islam, kelebihan dan balasan org yang menuntut ilmu, beliau juga menceritakan bagaimana toleransi di antara ulama mazhab yang empat mengenai masalah khilaf, adab dalam menghadapi khilaf di antara ulama.

Khilaf di antara ulama adalah rahmat bagi orang islam, tp yang sedihnya apabila umat islam tidak faham mengenai masalah khilaf, terlalu fanatik terhadap satu2 pendapat sahaja sehingga memecah-belahkan umat islam sendiri. Sedangkan para sahabat, para salafussoleh dan para ulama muktabar yang lain banyak berteloransi mngenai masalah khilaf sesama mereka. Ada di antara umat islam yang terlalu fanatik sehinggakan mengkafirkan ulama'2 yg tidak sama dengn guru mereka. Ini adalah malapetaka yang amat besar berlaku dalam umat islam sekarang.

Bnyak buah2 ilmu dan peringatan dapat diambil daripada beliau sebentar td, walaupun kata-katanya tidaklah terlalu banyak dan mendalam, tp seolah-olah hati ini sgt tersentuh dngn bait2 beliau yang sungguh memukau.

Kematangan bukan faktor umur.


Setuju atau tidak jika saya katakan bahawa banyak orang gagal dalam hidupnya adalah disebabkan lambat matang? Setuju atau tidak jika saya katakan lagi bahawa dunia mengalami kemunduran pada hari ini kerana manusia yang ada di dalamnya lambat matang? Atau pun setuju atau tidak jika saya katakan bahawa masalah sosial melampau yang berlaku pada hari ini adalah akibat dari lambat matang? Dan saya boleh katakan bahawa 90% masalah yang berlaku dalam dunia hari ini berpunca dari lambat matang.


Saya pasti para pembaca sudah menjawab soalan-soalan di atas dengan pelbagai tafsiran yang keluar dari benak fikiran dan hati pembaca sekalian, sama ada hendak mengkritik saya atau pun hendak menyokong saya dengan hujah-hujah yang saya ingin bincangkan pada penulisan kali ini. Jom sekejap bersama saya dalam meleraikan masalah ini.

Ada segelintir dari para pembaca tanya, "yang sebenarnya, matang itu apa dia? Adakah gelak sekali and then senyap kata salah seorang dari sahabat saya, atau pun terlalu serius sampaikan lupa untuk bergurau senda, atau pun masa belajar nie kene ingat belajar sahaja sampai muntah, jangan ingat benda lain langsung, serta banyak lagi anggapan jika hendak dihimpunkan" mungkin ada setengah daripada pembaca yang langsung tidak memahami apa itu konsep 'matang'. Ini pun tidak apa, tiada masalah.

Selain itu, kita juga boleh dapat makna takrifnya dari kamus dewan bagi sesiapa yang rajin membuka kamus. Di situ ada makna yang tersendiri mengenai makna matang.

Jadi, saya tidak mahu mengambil definisi daripada makna tersebut. Cuma, saya ingin letakkan bahawa makna sebuah kematangan ialah apabila manusia meletakkan syurga sebagai matlamat, dan kesemua perbuatannya adalah kerana matlamatnya. Agak-agak senang ke hendak ingat definisi tersebut.

Berdasarkan definisi yang saya cakap sebentar tadi dan juga kajian yang mendalam mengenainya, percaya atau tidak bahawa kejayaan tokoh-tokoh yang ada semenjak dari zaman Nabi Muhammad saw yang berkurun lamanya sehingga lah sekarang adalah kerana mereka mengambil ibrah daripada definisi tersebut. Sebentar lagi saya akan buktikan.

Sebelum saya buktikan, saya ingin timbulkan beberapa persoalan.

Kenapa Nabi Muhammad saw mengahwini Aisyah r.a. ketika Aisyah berumur 9 tahun? Adakah nabi gila 'sex' seperti apa yang didakwa oleh musuh-musuh Islam, jadi macam mana nak jawab.

Bagaimana sultan Al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel, sedangkan baginda baru berumur 21 tahun? Dan dilantik menjadi Sultan ketika berumur 19 tahun. Adakah disebabkan khalifah-khalifah sebelum zamannya yang lebih tua dan lebih berpengalaman darinya, mereka tidak layak untuk membuka kota tersebut.

Kenapa nabi menghantar Mus'ab Bin Umair sebagai duta pertama di dalam Islam, sedangkan beliau baru berumur 18 tahun. Adakah sahabat-sahabat besar yang lain tidak mampu untuk menggalas tugas penting tersebut.

kenapa guru Imam Syafei Rahimahullah membenarkan beliau menjadi mufti ketika berumur 17 tahun? Sedangkan pada waktu itu, kita baru hendak mengambil SPM. Mufti adalah Mujtahid pada zaman itu, semua permasalahan agama diserahkan kepadanya.

Bagaimana dua orang remaja berusia 15 tahun meminta kepada Rasulullah saw agar mengizinkan mereka ikut serta dalam peperangan Uhud. Akhirnya, Rasulullah membenarkan mereka ikut serta. Agak-agak masa itu, kita tengah tumpu perhatian dalam aktiviti apa?

Bagaimana Imam Nawawi Rahimahullah dapat mengarang beratus-ratus buah kitab, sedangkan umurnya sangat-sangat singkat berbanding umur ulama-ulama lain.

Khalifah Umar Abd Aziz menjadi Gabenor Madinah pada usia 24 tahun. Cita-citanya bermula bila? Anda agak lah sendiri.

Kenapa saya timbulkan persoalan-persoalan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana persoalan2 ini sangat berkait rapat dengan maksud definisi yang saya telah berikan sebentar tadi, sejurus ia adalah di antara bukti-bukti yang telah terbuku di dalam sejarah sekian lama. Sedar tidak sedar bahawa kejayaan yang besar dapat diraih dengan menterjemahkan definisi tersebut dalam sistem kehidupan anda. Jadi, saya tidak mahu berfalsafah sehingga ke awan, cukup sekadar mengambil ibrah dari perkara atau contoh yang sudah berlaku. Setuju?

Insyaallah, sudah tiba masanya untuk menjawab soalan-soalan di atas. Jadi, saya harap kita sama-sama dapat memberikan perhatian yang serius terhadapnya. Jawapan ini berdasarkan skema yang ada pada saya. Untuk soalan yang pertama,


1.     Cuba kita tanya ibu pada ayah kita atau ibu kepada nenek kita, kita tidak payah pergi jauh-jauh sampai ke bulan. Tanya pada mereka pada umur berapakah mereka berkahwin. Nenek kawan saya berkahwin pada umur 11 tahun, ada yang umur 12 tahun, percaya atau tidak? Adakah Datuk kawan saya ini gila 'sex' seperti apa yang didakwa oleh pihak yang membenci Rasulullah saw tadi, sungguh! tuduhan yang tidak berasas. Kita hanya pergi ke beberapa puluh tahun ke belakang, kita sudah mendapat buktinya. Memang musuh-musuh islam gembar-gemburkan perkara tersebut kerana mereka sekarang sudah berada pada tahap yang paling kritikal, cuba kita lihat di Eropah, berapa ramai remajanya yang sudah hancur. Tidak perlu saya bagi contoh, kerana sudah banyak terpampang dalam media massa, tidak kurang juga di Malaysia tanah air ku. Jadi, sudah pasti, mereka sudah matang pada waktu itu, boleh pergi ke sawah bekerja pada usia yang sangat muda, boleh memasak, buat kerja rumah dengan baik, memikirkan masa hadapan dengan teratur. Cuba tanya mereka pasti akan ada buktinya, saya sudah tanya pada mereka.
2.     Sultan Al-Fateh sudah mengikuti ayahnya bermesyuarat di istana bersama-sama dengan pembesar yang lain ketika baginda berusia sama seperti usia kita pergi ke tadika. Sahabat-sahabat bayangkan, jika saban hari, saban bulan dan saban tahun berada di situ, sudah pasti baginda seorang yang pakar dalam ilmu pentadbiran politik, pakar dalam ilmu peperangan serta hal ehwal negara. Walaupun pakar dalam hal ehwal negara, tetapi baginda sangat matang dalam mengendalikan nya (Ada tak dia tanya pada ibunya masa dilantik menjadi pemimpin yang sangat adil pada umurnya 19 tahun, dia kata tak nak jadi pemimpin lagi, tak matured lagi ngomelnya, agak-agak ada tak dia beri jawapan macam itu). Agak-agak pada usia itu lah, kita tengah buat apa, kita cuba renungkan.
3.     Mus'ab Bin Umair adalah pemuda yang paling kacak, paling kaya, paling terpengaruh di antara para pemuda yang se-usianya. Pernah diceritakan mengenai kekacakan yang ada pada Mus'ab, beliau memberi tahu pada sahabatnya bahawa beliau tidak tahan lagi dengan kekacakan beliau, sebab ramai orang perempuan yang ingin mendekatinya, jadi sahabatnya nasihat agar dia membotakkan kepala. Seusai dari membotakkan kepala, lagi ramai orang yang mendekati beliau. Itu hanya seringan, maksud yang saya ingin sampaikan adalah bagaimana beliau dapat meninggalkan kesemua kekayaan tersebut kerana Islam, sudah pasti beliau sangat matang iaitu melihat apa yang ada pada masa hadapan yang lebih kekal iaitu syurga. Agak-agak pengorbanan  besar apa yang kita sudah lakukan.
4.     Seperti mana yang kita sudah maklumi bahawa mazhab yang kita pegangi di malaysia adalah mazhab syafi'iah. Jadi, mestilah pengasasnya adalah seorang yang sangat hebat. Beliau sudah dianggap mujtahid ketika berumur 17 tahun. Taraf mujtahid bukanlah sembarangan orang untuk mendapat gelaran tersebut, kerana kreterianya yang sangat sukar dan susah. Buktinya, di zaman sekarang ini susah sangat hendak mencari orang yang bergelar mujtahid, kalau ada mungkin hanya ada dua atau  tiga orang sahaja. Mujtahid perlu mendalami setiap cabang ilmu syariah dengan sempurna. Jikalau Imam Syafie tidak matang pada usia seperti itu, maka beliau sudah pasti tidak dapat digelar dengan gelaran mujtahid.
5.     Mesti ramai daripada kita yang mengenali kedua remaja tersebut, seorang bernama Rafi' bin Khudaij dan seorang lagi bernama Samurah bin Jundab. Mereka ikut serta dalam peperangan yang besar iaitu peperangan Uhud. Pada mulanya, Rasulullah tidak membenarkan mereka ikut serta, tetapi disebabkan kematangan yang ada pada kedua-dua orang remaja tersebut, maka nabi membenarkan mereka pergi. Mereka menjadikan syurga sebagai matlamat, maka dengan mudah Allah swt permudahkan urusan mereka. Inilah generasi al-Quran, generasi matang yang keluar dari madrasah tarbiyah Rasulullah saw.

Itulah serba sedikit soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang saya sempat selitkan pada penulisan kali ini. Berdasarkan bukti-bukti sejarah ini, sudah pasti kematangan adalah pendorong utama dalam menghadapi sebuah kejayaan.

Kadang-kadang saya sedih melihat remaja2 dan pemuda2 hari ini, matlamat mereka tidak jelas. Kebanyakan matlamat mereka terhad kepada hal keduniaan, sedangkan hal keduniaan tidak menjamin kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak. Tidak matang dalam membuat sebarang keputusan dan terlalu terikut-ikut dengan budaya yang negatif. Akhirnya, mereka hidup sambil lewa tanpa ada satu pun matlamat yang jelas.

Satu pendekatan yang boleh saya beri ialah, banyak daripada kalangan kita sudah menghadapi peperiksaan yang besar betul, untuk cemerlang kita perlu letakkan target, sama ada semua A atau pun sebaliknya. Maka kita akan berusaha untuk merealisasikan matlamat tersebut dengan bersusah payah, ada yang sampai tidak tidur malam, ada yang kehidupannya bertukar kepada 180 darjah bila masa exam, ada yang tidak lalu makan dan sebagainya. Begitu juga dengan perkara kehidupan, rancang dengan bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan apa yang terbaik buat masa hadapan anda.

Bagaimana jika kita tidak meletakkan garis matlamat, maka kita akan mudah terpengaruh dengan hal sekeliling akibat tidak ada komitmen yang jelas dalam kehidupan. Kalau orang ke barat, ke barat lah kita, kalau orang ke timur, ke timur lah kita, tiada pendirian.

Akibatnya, kita suka berseronok-seronok, suka membuang masa, suka melepak dengan kawan-kawan, suka membuat perkara yang sia-sia sampai membahayakan nyawa, serta banyak lagi contoh-contoh yang lain. Ini adalah hasil daripada tiadanya komitmen yang jelas dalam kehidupan.


Kesimpulan.

Ayuh sahabat-sahabat, kita sama-sama tukar mentaliti bahawa tidak kira berapa umur kita, kita berusaha untuk matang (berdasarkan definisi yang saya telah berikan sebentar tadi). Memang perkara ini terlalu sukar dan susah, kerana masyarakat kebanyakannya pada hari ini sudah tidak matang, bayangkan orang yang umur 40 tahun pun masih gagal mencari identiti dirinya sendiri. Jadi, apabila kita berubah ke arah proses kematangan, pasti akan ada bisikan-bisikan liar yang akan datang dari arah yang berbeza-beza, maka kita perlu sabar dan tabah.

Contohnya, mengenai perkembangan politik semasa, saya rasa yang saya tengah baca sebuah komik yang sepatut pembacanya adalah tahap budak-budak tadika. Memang agak pedas, tapi ini realitinya. Bayangkan jika orang yang matang berada dalam kandang politik.

Contoh lain, kita berbual dengan salah seorang sahabat, “aku nak buat perancangan yang rapi mengenai perkahwinan aku lah, apa pandangan kamu” maka jawab kawannya yang tidak matang, “alah lambat lagi, buat apa lah ko nak sibuk-sibuk memikirkan hal tu” Sedangkan dia tidak sedar bahawa penceraian yang saban hari berlaku pada hari ini adalah disebabkan perancangan yang tidak rapi dan tidak mengikut kaedah syariat.

Contoh lain lagi, “aku rasa nak study kat library lah hari ini, eh elleh skemanya ko ni” mesti berbisa bila dengar macam itu kan.


Saya suka dengan kata-kata motivasi dari seorang tokoh yang terkenal iaitu Al-Mutanabbi, beliau mengatakan, “ Manusia dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Kebesaran jiwa mereka yang menentukan karya mereka memang besar. Di mata-mata orang kerdil, masalah-masalah kecil menjadi besar. Bagi yang berjiwa besar, masalah besar terlihat kecil”.

Sabar dan berusaha dalam menghadapi matang, itulah rahsia kejayaan abadi. Selamat menjadi orang yang luar biasa.


Kesimpulannya mudah, cepat menetapkan cita-cita, cepat bertindak, cepat berjaya.

Lawannya pula,

Lambat menetapkan cita-cita, lambat dan malas bertindak, lambat berjaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Categories

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger